Friday, 27 July 2018

ALERT !!! KES HFMD SEMAKIN MENINGKAT | IRAHARTATIK





Perhatian kepada ibu bapa dan pengusaha tadika;

✅ Terdapat peningkatan bilangan kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia.

✅ Sehingga 26 Mei 2018, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 21,644 kes dan kes ini dilaporkan semakin meningkat sehingga ke hari ini.

Info Ringkas Mengenai HFMD

✅ Penyakit HFMD disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV71).

✅ Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit.

✅ Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah.

✅ Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis.

Saranan Kepada Ibu Bapa Bagi Kanak Kanak Yang Di Jangkiti Dengan HFMD

✅ JANGAN membawa anak ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan

✅ CUCI TANGAN
Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

✅ BERSIHKAN MAINAN
Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin; dan

✅ BUANG LAMPIN
Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.

 Ibu/bapa kanak kanak yang dijangkiti HFMD LAYAK untuk mendapat cuti kuarantin


Saranan kepada penjaga kanak-kanak di taska/tadika/tabika/pra-sekolah

✅ Utamakan Kebersihan
Sentiasa memastikan kebersihan premis terutama peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak;

✅ Lakukan Saringan
Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD.

✅ LARANGAN HADIR KE SEKOLAH
Kanak-kanak dengan gejala dinasihatkan untuk tidak hadir ke sekolah bagi mengelakkan jangkitan kepada kawan-kawannya;

✅ Sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci tangan selepas menguruskan seorang kanak-kanak sebelum mengendalikan kanak-kanak lain;

✅ Memastikan lampin pakai-buang dibuang dalam tong sampah bertutup; dan

✅LAPORKAN
Melaporkan kluster HFMD kepada pejabat kesihatan daerah berhampiran untuk tindakan kawalan dan pencegahan.

Sumber http://kpkesihatan.com/2018/06/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-jun-2018-situasi-semasa-kejadian-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia/

@GayaSihatCantik
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment