Thursday, 26 April 2018

TANDA-TANDA BADAN KEKURANGAN PROTEIN | IRAHARTATIK


Tahu tak korang badan akan mula menunjukkan tanda apabila kekurangan protein? Dan protein ini sangat penting dalam kompenan di dalam badan dan protein juga merupakan zat yang terpenting di dalam badan.

Antara tanda badan kekurangan protein adalah :

1. Masalah rambut dan kuku
Dah cuba macam-macam shampoo dari yang murah sampailah yang mahal tapi rambut tetap gugur? Bukan silap dari shampoo, kemungkinan rambut gugur petanda badan kita kekurangan protein. Begitu juga dengan kuku. Jika kita kekurangan protein, kuku kita akan mudah rapuh.

2. Kulit nampak kusam
Cuba kita perhatikan kulit kita ada tak nampka lebih kusam? Kadang dah tepek bedak tebal tapi masih lagi nampak kekusaman kulit kita. Kulit kusam menunjukkan badan kita kekurangan protein dan kulit tidak dapat hasilkan sel-sel kulit yang baru.

3. Mudah diserang penyakit
 Jika kita mudah diserang penyakit boleh jadi badan kita kekurangan protein. Protein merupakan kunci untuk kita mendapatakan imun tubuh yang kuat.

4. Kerap letih
Kekurangan protein juga boleh mengganggu keadaan fizikal kita. Hal ini disebabkan tenaga yang semakin berkurang dari sumber protein.

5. Luka lama sembuh
 Perasan tak setiap kali ada anggota badan yang tercedera dan memakan masa yang lama untuk sembuh? Ini terjadi disebabkan badan kekurangan protein.

Jadi apa yang perlu kita lakukan apabila ada tanda-tanda seperti di atas berlaku pada badan kita? Kita perlu lebihkan pengambilan sumber protein di dalam diet seharian.


0 comments:

Post a Comment