Wednesday, 28 March 2018

Singkirkan Toksin dengan Set Detoks Shaklee | IRAHARTATIK



Kerap sembelit, pening kepala, nafas berbau, berat badan susah turun dan cepat letih merupakan salah satu tanda badan kita penuh dengan toksin.

Toksin sangat berbahaya jika dibiarkan terlalu lama di dalam badan kerana akan mengganggu proses penyerapan nutrien dan juga boleh mengakibatkan timbulnya pelbagai penyakit berbahaya.

Jadi seelok-eloknya kita perlu detoks 2 kali setahun untuk memastikan badan kita bebas dari toksin.

Macam mana nak detoks ni? Senang saja, korang boleh amalkan SET DETOKS SHAKLEE


SET DETOKS SHAKLEE terdiri daripada : 

1. Vivix

RM 503.50  ( 150 ml )
Vivix membantu meningkatkan tahap tenaga di dalam sel badan dan melancarkan peredaran darah.

2. DTX Complex

RM 165.63 ( 90 biji )
Bertindak sebagai penapis toksin dalam badan serta membantu menyingkirkan racun serta toksin yang berkumpul di dalam hati.


3. Peppermint Ginger Plus
RM 50.35 ( 90 biji )
Membantu ketidakselesaan perut, membuang angin dan membantu penghadaman serta mencuci usus.

4. Herblax

RM 60.95 ( 120 biji )
Sangat efektif dalam membantu pembersihan najis yang tersekat serta mengatasi sembelit.


5. Alfalfa

RM 60.95 ( 330 biji )
RM 108.65 ( 700 biji )
Sumber makanan yang sangat berakali dan bertindak untuk meneutralkan darah yang berasid.


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan bole hubungi Ira :

Whatsapp : 011-11555941
FB pages : Irahartatik
Instagram : irarusdibeauty
Pengedar Shaklee Johor Bahru
Continue Reading

Kenali maksud Toksin dan kesannya pada tubuh badan | IRAHARTATIK



Toksin merupakan racun di dalam badan manusia akibat pencemaran. Antara pencemaran ialah udara dan air akibat radikal bebas seperti asap kilang, asap kenderaan dan asap rokok. Kesihatan manusia juga mula menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tambahan, pewarna dan sebagainya.

Hasil kajian mendapati 90% penyakit berpunca daripada toksin. Apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk meyingkirkan sisa-sisa toksin yang menghalang fungsi tubuh.

Toksin terdapat hampir di semua organ manusia di mana sebahagiannya terhasil daripada sisa makanan yang tidak dicerna, pengambilan ubat-ubatan kimia, merokok, pemakanan yang tidak seimbang dan tidak dapat dikeluarkan oleh tubuh badan.

Sepatutnya sisa-sisa ini dikeluarkan secara semulajadi yang melibatkan dua organ utama iaitu hati dan usus.

KESAN TOKSIN KEPADA TUBUH BADAN

Toksin perlu disingkirkan dengan segera jika menginginkan kesihatan yang cergas dan sihat. Kita perlu membersihkan toksin sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 

Antara kesan jika tidak menyingkirkan toksin adalah :
1. Penyakit kulit
2. Tumor
3. Penyakit jantung/tekanan darah tinggi
4. Demam
5. Kanser

Jangan pandang sebelah mata dengan kehadiran toksin. Bertindak segera untuk menghindari daripada penyakit berbahaya.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan semua.


Continue Reading

Bagaimana nak singkirkan toksin dari badan | IRAHARTATIK


Seperti kita sedia maklum, toksin sangat berbahaya pada tubuh badan kita. Toksin akan menggangu penyerapan nutrien dan mineral dalam badan. Sebab itulah apabila kita selalu makan suplemen selalu tak ada kesan positif. Ini menunujukkan badan kita terlalu banyak toksin dan sia-sia saja kiranya kita mengambil suplemen kesihatan.

Nak dapatkan tubuh badan yang sihat kita perlu singkirkan toksin terlebih dahulu. Nak singkirkan toksin ni mudah sangat lagilah secara semulajadi. Iaitu dengan detoks.

Sebelum tu kita kena tahu apa dia organ yang perlu di detoks dan mempunyai toksin.



1. Kulit
2. Paru-paru
3. Limpa
4. Usus
5. Hati
6. Buah pinggang

Bila dah kenal pasti organ-organ detoks senang la untuk kita singkirkan toksin secara semulajadi. Antaranya :

1. Makan ikut piramid makanan
Kawal pemakanan kita dengan mengikut piramid makanan yang sihat.

2. Detoks Hati 
Kurangkan pengambilan kafein, alkohol, garam, gula dan "processes food".

3. Detoks sistem Penghadaman
Amalkan makanan yang tinggi serat seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, jus limau dan buah berries.

4. Detoks Kulit
Lakukan senaman 2-3 kali seminggu secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh.

Mudah je kan nak singkirkan toksin? Cuma perlu kawal dari segi pemakanan, gaya hidup, persekitaran. 

In sha Allah kita akan dapat kesihatan tubuh badan seperti orang lain. Aamiin

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat untuk rakan-rakan yang sedang berusaha untuk detoks.

Semoga berjaya.


Continue Reading

Kenali sumber toksin atau racun di dalam tubuh badan | IRAHARTATIK


Kita semua tahu toksin merupakan racun yang sangat berbahaya yang terdapat di dalam badan. Antara petanda badan kita mempunyai toksin adalah cepat letih, selalu mengantuk, berat badan sukar turun, nafas berbau, sembelit, alahan kulit dan nafsu makan tidak terkawal.

Toksin perlu disingkirkan segera supaya tidak memudaratkan kesihatan. Tetapi sebelum itu, kita perlu tahu terlebih dahulu dari mana datangnya sumber toksin atau racun di dalam badan kita.

Toksin ini menyerap masuk ke dalam badan kita melaui  :

1. Pemakanan
Toksin paling mudah masuk ke dalam badan kita melalui pemakanan. Tanpa kita sedar makanan yang di masak menggunakan penambah perasa atau pewarna merupakan salah satu toksin. Selain itu, junk food dan fast food juga menggalakkan lagi toksin ke dalam badan kita.

2. Bahan pencuci
Bahan-bahan pencuci seperti detergent atau apa-apa jenis sabun kebanyakannya mengandungi bahan kimia. Bahan kimia ini akan menyumbang kepada toksin melalui kulit kita.

3. Bahan kosmetik
Lambakan produk kosmetik terutamanya produk timbang semakin menjadi-jadi. Tanpa kita sedar produk ini mengandungi plumbum dan paraben yang boleh merosakkan kesihatan kulit kita.


4. Udara

Udara yang kita hirup sekarang ini semakin tercemar dengan radikal bebas seperti asap kilang, asap kenderaan dan asap rokok. Udara yang kotor akan mengganggu sistem pernafasan kita.

5. Air
Air sungai, laut dan sebagainya yang telah tercemar oleh bahan buangan mengganggu sumber air kita.

6. Gaya hidup
Tanpa kita sedar gaya hidup memainkan pernanan penting dalam kehadiran toksin ke dalam badan kita. Tidak bersenam, minum minuman beralkohol dan menghisap rokok juga merupakan sumber toksin yang ada di dalam badan.

Toksin perlu disingkirkan segera jika menginginkan kehidupan yang lebih baik. Semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat untuk semua.


Continue Reading

Punca sakit kepala dan cara mengatasinya | IRAHARTATIK


Rasa sakit kepala memang selalu terjadi kepada semua orang. Cuma setiap orang berbeza keadaan sakitnya. Ada yang sakit kepala sebelah, ada yang sakit di kedua-dua bahagian ataupun ada yang sakit diseluruh kepala.

Bila sakit kepala menyerang memang betul-betul rasa 'jengkel'. Mana taknya, bila rasa sakit datang aktiviti seharian bakal terganggu. Rasa nak baring saja sepanjang masa bahkan jika rasa sakit tu tak hilang, rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding. Sebab terlampau sakit.

Terdapat beberapa punca sakit kepala menyerang. Antaranya :

1. Stress
2. Pemakanan yang tinggi MSG
3. Waktu tidur dan rehat yang tidak teratur
4. Tekanan darah tinggi
5. Cuaca yang terlampau panas
6. Minuman tinggi kafein
7. Dehidrasi
8. Asap rokok
9. Sinus ( Resdung )
10. Kemurungan

Sakit kepala tidak boleh dibiarkan begitu saja. Walaupun nampan remeh tapi penyakit ini juga perlu dirawat supaya tidak membebankan anggota badan yang lain.

Antara tips untuk mengatasi sakit kepala adalah : 

1. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
2. Mengawal stress dengan baik
3. Makan dengan teratur supaya kadar gula dalam darah tetap normal.
4. Berurut/ Meditasi
5. Dapatkan waktu tidur dan rehat yang cukup.
6. Minum air masak yang cukup sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
7. Lakukan latihan otamit leher
8. Mengamalkan makanan atau minuman yang megandungi mint 
9. Meletakkan pek ais di tempat yang sakit.
10. Nyalakan lilin aromaterapi.


Tips yang sangat mudah untuk mereka yang sakit kepala tapi tak nak berjumpa dengan mudah. Semoga bermanfaat
Continue Reading

6 Jenis Air Detoks untuk kempiskan perut | IRAHARTATIK



Belum berkahwin lagi dah ramai orang tegur perut semakin buncit. Malunya, memang tak boleh nak sorok lagi keadaan perut ni. Takkan nak pakai korset 24jam untuk 'cover' perut tu kan?

Perut buncit ni salah satunya sebab pemakanan dan jarang bersenam. Jaga-jaga kalau masih single tak jaga badan macam mana keadaan selepas kahwin nanti. Silap hari bulan bakal suami boleh lari kan.

Kali ni ira nak kongsikan macam mana cara nak kempiskan perut semudah 1 2 3. Perut buncit tu semua disebabkan toksin di dalam badan yang terlalu banyak. Jadi kita perlu detoks untuk keluarkan toksin tersebut.

Ira akan kongsikan 6 jenis air detoks yang boleh mengempiskan perut boroi korang tu.

1. CUKA EPAL
Boleh membuang toksin, meningkatkan sistem penghadaman dan menaikkan sistem metabolisma.


2. LEMON
Lemon salah satu buah yang kaya dengan vitamin C dan menjaga pembentukan enzime serta melancarkan penghadaman.

3. DAUN PUDINA
Daun pudina sangat bagus untuk hempedu dan kelenjer air liur. Daun pudina juga mempunyai enzime yang mampu menyerap vitamin dan nutrisi makanan.

4. KAYU MANIS
Kayu manis membantu membunuh bakteria jahat dan menyembuhkan bakteria jahat.


5. HALIA
Sangat baik untuk melegakan kekejangan, kembung perut, angin dan juga sembelit.

6. TIMUN
Mempunyai kandungan air yang banyak dan sangat bagus untuk penghadaman dan pergerakan usus.


Mudah saja kan nak kempiskan perut menggunakan bahan-bahan semulajadi. Air detoks ni bukan saja bagus untuk kempiskan perut tapi jugak bagus untuk proses penghadaman dan baik untuk usus.

Semoga perkongsian kali ni dapat memberi manfaat untuk sesiapa saja yang dalam proses nak kempiskan perut.

Semoga berjaya.


Continue Reading

Tips mengatasi masalah berat badan melampau| IRAHARTATIK




Malunya bila ada orang tegur fizikal kita. Katanya dah tak secantik macam zaman muda-muda dulu. Amboi, zaman dulu boleh la slim melim sebab belum berkahwin kan. Sekarang ni anak dah berderet, bentuk fizikal pon dah lari ke mana. Tapi jangan jadikan semua tu sebagai alasan untuk kita berdiam diri. Bukan tak boleh terima pepatah 'Gemok is Awesome' tapi kita kena sedar diri jugak bahawa tubuh badan yang sihat akan menjadikan kita seorang yang lebih cergas dalam beraktiviti.

Misalnya kalau dulu nak memanjat anak tangga je kaki dah lenguh sebab tak dapat nak menampung berat badan kita. Belum lagi bila nak solat terasa lambat sangat pergerakan kita. Anak-anak ajak bermain dekat taman dah semput. Huh, mesti rasa tak selesa kan dengan semua ni.

Sebab itu lah, badan yang sihat dan cergas sangat digalakkan di dalam agama Islam. Bukan saja memudahkan kita beraktiviti malah memudahkan kita untuk beribadat.

Jadi Ira nak kongsikan macam mana cara untuk menurunkan berat badan yang melampau. Lepas ni boleh la dapatkan balik bentuk badan yang ideal tu kan.


TIPS 1 : SET TARGET

Untuk turunkan berat badan pertama sekali yang mesti kita buat ialah set target berapa berat yang kita nak capai. Macam mana nak tahu berat badan yang ideal, kita perlulah kira BMI yang sesuai dengan badan kita. Bila dah dapat BMI, barulah kita boleh focus untuk capai target. Target ni sangat penting sebab apabila dah ada target, kita akan serious untuk turunkan berat badan.


TIPS 2 : PUSH FACTOR

Push factor adalaj salah satu pendorong kenapa kita nak kurus. Apabila push factor kita kuat, kita akan bersungguh-sungguh untuk menurunkan berat badan.

Contohnya push factor kita adalah nak kuru sebelum berkahwin, nak kuruskan untuk dapatkan zuriat dan sebagainya.


TIPS 3 : MENGAMBIL PROTEIN SETIAP HARI

Protein sangat penting untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, kerana protein bantu untuk memberikan rasa kenyang lebih lama. Pengambilan protein juga membantu mengekalkan bentuk badan ideal. Antara pilihan protein yang sihat seperti daging tanpa lemak, produk tenusu, kekacang yang berasaskan tumbuhan.


TIPS 4 : KURANGKAN MAKANAN TIDAK SIHAT

Tips seterusnya ialah mengurangkan pengambilan makanan tidak sihat. Kalau perlu elakkan daripada memakan makanan ini. Contoh makanan tidak sihat ialah fast food dan junk food. Apa yang boleh kita buat ialah menggantikan makanan tersebut dengan mengambil makanan berkhasiat seperti kobis ungu, brokoli, salad, tomato, epal hijau, nenas dan pear.


TIPS 5 : AIR KOSONG SECUKUPNYA

Nak kurus ni mudah saja. Banyakkn meminum air kosong. Lagi banyak kita minum, lagi cepat berat badan kita turun. Pastikan meminum air kosong mengikut berat badan. Tetapi jika lebih lagi bagus.

Boleh rujuk jadual di bawah, berapa banyak air kosong yang perlu kita ambil sehari-hari.


Selain dari minum air kosong, kita perlu elakkan daripada pengambilan gula putih. Mungkin ramai yang tak tahu, gula putih adalah faktor terbesar badan kita menjadi gemuk. Kurangkan pengambilan air manis dan juga air bergas. Inginkan berat badan ideal memang perlukan sedikit pengorbanan.


TIPS 6 : AMALKAN SEGENGGAM NASI PUTIH

Macam tak logikkan? Mula-mula memang tak kenyang pon. Tapi lama-lama mesti akan rasa ok. Macam mana caranya, sebelum makan nasi minum segelas air kosong dan juga makan buah. Jadi, nanti akan cepat rasa kenyang dan kita takkan teringin pon nak tambah nasi. Apa yang paling penting, amalkan untuk makan sebelum jam 7 malam untuk mengelakkan berat badan berlebihan.


TIPS 7 : SENAMAN

Selain dari tips-tips tadi, senaman juga merupakan salah satu proses penting untuk menurunkan berat badan. Sekurang-kurangnya bersenam 2 kali seminggu. Tapi lagi bagus kalau dapat berseman hari-hari.


TIPS 8 : TAMBAHAN SET DETOX SET KURUS

Untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan, kita juga boleh mengamalkan supplement tambahan. Pastikan supplement yang dipilih adalah selamat. Antara supplement yang boleh diambil ialah set detox. Detox wajib sebelum memulakan proses diet atau kurus kerana detox bertindak sebagai agent pembersih dalaman kita. Organ-organ dalaman wajib dibersihkan terutamanya usus dan hati kerana menyimpan terlalu banyak toksin. Jika usus dan hati telah bersih barulah proses menurunkan berat badan boleh berjalan lancar.


Gambar di atas merupakan set lengkap detox. Set ini terdiri daripada :

1. VIVIX
2. Herblax
3. Alfalfa Complex
4. Peppermint Ginger
5. DTX Complex


Bukan setakat berat badan susut, tapi badan terasa lebih ringan dan cergas. Special untuk customer yang berminat untuk mendapatkan set Detoks, Ira akan bagi special gift dan free consultation.

Berminat untuk menurunkan berat badan dengan set detoks? Boleh hubungi ira ;


WHATSAPP : 011-11555941
FB PAGE: IRAHARTATIK
IG : irahartatik



Continue Reading

Rahsia untuk mendapatkan kulit cantik dan sihat| IRAHARTATIK



Pernah tak setiap kali cuba macam-macam produk penjagaan muka untuk hilangkan jerawat dan kulit kusam tapi tak ada kesan? Kadang rasa macam nak "give-up" tau. Korang tau tak sebenarnya bukan 100% salah produk atau produk tu yang tak bagus  tetapi badan kita terlalu banyak toksin yang menyebabkan darah kita menjadi kotor.

Tau tak rahsia untuk mendapatkan kulit cantik bermula daripada dalaman kita. Jika dalaman kita bersih automatik luaran juga akan nampak bersih dan cantik.

Jadi macam mana nak dapatkan kulit yang cantik? Pertama sekali kita perlu detoks. Tujuan detoks ini adalah untuk mencuci usus dan toksin dalam darah. Bahan-bahan toksin yang diserap masuk ke dalam badan perlu dibuang! Jadi apabila kita detoks badan kita akan lebih sihat dan kulit akan cantik.

Korang tau kan dalam badan kita ada 5 organ detoks iaitu :
1. Hati
2. Usus
3. Buah pinggang
4. Paru-paru
5. Kulit

Organ-organ ini berfungsi untuk membuang segala toksin dalam badan kita. Kalau organ detox tidak berfungsi dengan baik, toksin akan berkumpul dalam badan. Jadi kulit akan terbeban untuk membuang toksin tersebut sebab itu kulit menjadi kusam, sallow skin (Buah pinggang gagal) kulit berjerawat (sembelit). Rujuk gambar di bawah :


Maksudnya kita akan tahu organ mana yang perlu detoks kalau jerawat berada di bahagian tertentu. Contohnya :

T-zone : Kita perlu optimumkan fungsi hati
Pipi/Rahang : Kita perlu optimumkan fungsi hati

Jadi jelaslah bahawa untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bersih, kita perlu bersihkan dalaman kita daripada toksin atau racun yang bersarang di dalam badan kita.

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada korang semua.



Continue Reading

Tuesday, 27 March 2018

7 Tanda toksin berlebihan dalam tubuh badan | IRAHARTATIK






Walaupun dah dapatkan rehat dan waktu tidur yang cukup tapi badan masih tetap letih dan tak bermaya.

Kadang di pejabat kerap sangat rasa ngantuk tu datang. Kalau nasib tak baik boleh tertidur dalam mesyuarat. Bila dah ngantuk dan letih mulalah nak minum kopi segera. Kononnya nak hilangkan rasa ngantuk dan bagi "fresh" sikit badan.

Tahu tak pengambilan kopi atau minuman segera sangat bahaya untuk badan. Kandungan gula yang tinggi merupakan salah satu faktor badan cepat letih. Hati-hati tau, sebenarnya badan yang cepat letih, kerap mengantuk walaupun dah dapatkan rehat yang cukup merupakan salah satu faktor badan kita dipenuhi dengan toksin.

Apa pulak toksin tu? Toksin merupakan racun yang diserap oleh tubuh badan daripada persekitaran, pemakanan dan gaya hidup kita. Toksin perlu disingkirkan kerana sangat mengganggu dalam penyerapan nutrien dalam badan. Bagaimana pun, toksin boleh menyebabkan pelbagai peyakit berbahaya jika tidak disingkirkan dengan segera.

Terlebih dahulu kita kena kenalpasti tanda-tanda badan yang penuh dengan toksin. Antaranya :

1. Kerap letih dan tak bermaya
Walaupun dah dapatkan rehat yang cukup tapi masih jugak letih dan tak bermaya. Keletihan merupakan tanda tindak balas hormon terhadap sistem imun tubuh badan kita. Ini petanda kemungkinan badan kita terlalu banyak toksin.

2. Nafas berbau
Dah cuba berus gigi setiap kali makan, berkumur dengan ubat kumur dan mengunyah gula-gula getah tapi nafas masih berbau. Nafas berbau sering dikaitkan dengan masalah penghadaman tetapi organ hati jugak kita menunjukkan sudah tidak mampu lagi untuk menghapuskan terlalu banyak toksin dalam badan kita. Ingat ya, nafas berbau petanda badan kita banyak toksin!

3. Berat badan susah nak turun
Macam pelik bila dah jaga pemakanan, bersenam setiap hari dan mengambil suplemen untuk kurus tetapi berat badan masih sama! Puas cuba bermacam-macam cara tetapi hasilnya tetap sama. Tanpa kita sedar fungsi hormon kita telah terjejas dengan racun-racun yang terdapat daripada pemakanan seharian kita. Hormon-hormon ini sangat penting untuk mengawal berat badan kita. Berat badan susah nak turun menunjukkan badan kita dipenuhi toksin sehinggakan apa saja suplemen atau produk kurus yang kita makan tidak akan memberi apa-apa kesan pada tubuh badan kita.

4. Sakit kepala
Kerap sakit kepala rasa macam nak hantukkan kepala dekat dinding? Kemungkinan toksin terlalu banyak dalam badan hingga menggangu peredaran darah dan menyebabkan sakit kepala.

5. Sembelit
Bagi orang yang normal, setiap pagi mereka akan membuang. Tetapi bagi mereka yang kerap sembelit menunjukkan badan mereka terlalu banyak toksin. Toksin yang terkumpul dalam badan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan tubuh badan seperti sakit kepala, keletihan dan sakit-sakit badan.

6. Reaksi kulit
Jerawat, ruam, gatal-gatal, bisul dan masalah kulit yang lain menunjukkan badan kita terlalu banyak toksin. Hal ini boleh terjadi disebabkan salah guna produk penjagaan kulit, pemakanan dan persekitaran.

7. Kulit nampak kusam
Salah satu tanda yang boleh dilihat dengan jelas badan seseorang itu dipenuhi toksin adalah kulit muka kelihatan kusam dan tidak bermaya. Kulit muka akan terlihat sedikit gelap dan bintik-bintik pigmentasi mula muncul.

Jika kita mempunyai tanda-tanda seperti di atas, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Toksin perlu segera disingkirkan jika ingin mendapatkan gaya hidup yang sihat.

Semoga entri kali ini dapat memberi sedikit input untuk kawan-kawan semua.







Continue Reading

Sunday, 18 March 2018

Rangkaian Penjagaan Kulit YOUTH menjadi fenomena di Malaysia | IRAHARTATIK


Rangkaian penjagaan kulit YOUTH telah dilancarkan untuk pertama kalinya pada 3 Februari 2018 di Malaysia dan hanya leader yang layak saja dapat membeli set tersebut. Namun pada bulan Mac 2018, YOUTH telah mula dijual untuk semua pelanggan.

3 hari penjualan telah mencatatkan penjualan yang tinggi dan stock terus habis licin di web dan semua branch Shaklee. Walaupon harganya sangat mahal tetapi YOUTH telah mendapat tempat di hati para pelanggannya. Mereka sanggup membeli YOUTH kerana yakin dengan kualiti produk tersebut.

YOUTH dihasilkan secara klinikal oleh pakar kulit bertaraf dunia, dan membuat kajian selama 8 tahun. Indeks Usia Kulit mengukur penampilan tanda-tanda penuaan kulit menggunakan data klinikal yang berasaskan fakta. Keputusan klinikal mendapati :


  • Kedutan mula berkurang
  • Saiz pori semakin mengecil
  • Tona kulit semaki  sekata
  • Tekstur kulit semakin lembut
  • Memberi keanjalan kulit
  • Megurangkan masalah kekenduran
  • Mengurangkan masalah pigmentasi
100% 
wanita telah dibuktikan 
secara klinikal memiliki 
kulit yang kelihatan 
lebih muda



2/3 
daripada wanita 
telah mengubah usia 
kulit mereka kepada 
sedekad lebih muda

YOUTH dihasilkan daripada tumbuhan semulajadi seperti :

  • Muscadine grape - melindungi dan membaiki DNA sel
  • Lotus Japonicus - mengaktifkan protein YOUTH yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin.
  • Apple Stem Cell - mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kelihatan lebih muda.
  • Schisandra Chinensis Fruit - menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksida. 
Rangkaian penjagaan kulit YOUTH terdiri daripada 6 item iaitu :

  1. Luminous Gel oil Cleanser - membersih, meghalus dan menyediakan kulit secara lembut untuk wajah yang lebih berseri
  2. Perfecting Skin Toner - Membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi kepada kulit
  3. Youth Activating Serum - Menjana dan memperbahrui kulit pada peringkat sel untuk kulit lebih berseri dan lebih muda
  4. Age Defense Moisturizer - Melindungi, menyuburkan dan melembapkan kulit serta meningkatkan penampilan keseluruhan tona kulit
  5. Advanced Renewal Night Cream - Menyokong proses pembaharuan sel kulit agar kulit nampak lebih muda, halus dan berseri
  6. Radiance C+E - Menggebu, mencerah dan mengurangkan penampilan garis halus, kedutan, pigmentasi, menambahbaik tekstur serta tona kulit yang lebih sekata.


Sempena promo Mac 2018, terdapat 2 set rangkaian penjagaan kulit YOUTH.

  1. SET PERMULAAN
  2. SET RAWATAN INSENTIF DAN PEMULIHAN
Harga bagi setiap set adalah :

Set Permulaan : Harga RM 901.00
                          : Free Two way magnifying mirror bernilai RM 29.81

Set Rawatan Insentif dan Pemulihan : Harga RM 1338.25
                                                                : FREE membership
                                                                : FREE postage
                                                                : FREE radiance C+E
                                                                : FREE beauty bag

Nak dapat harga lagi jimat? Boleh hubungi ira ditalian Whatsapp 011-11555941 atau boleh layari Facebook Irahartatik Rusdi.




Continue Reading

Kenali punca terjadinya blackhead dan cara mengatasinya | IRAHARTATIK



Biasakan kita dengar tentang blackhead dalam kehidupan seharian? Tau tak apa sebenarnya blackhead? Blackhead atau dikenali sebagai komedo selalu terjadi kepada mereka yang mempunyai kulit berminyak dan dalam kalangan wanita Asia. Blackhead teerjadi apabila liang pori kita tersumbat dalam keadaan permukaan kulit kita terbuka. Biasanya blackhead akan muncul di area hidung, pipi, tepi bibir dan dagu.

Kadang rasa geram sangat bila nampak tompokan blackhead ni dekat depan cermin kan. Rasa korek nak keluarkan masa tu jugak. Tak suka dengan blackhead tapi nak cepat hilangkan? Sebelum tu ketahui dulu punca terjadinya blackhead.

PUNCA TERJADINYA BLACKHEAD

  • Kurang meminum air masak secukupnya
  • Penggunaan makeup yang tidak sesuai dengan jenis kulit muka
  • Hormon yang tidak stabil
  • Gaya pemakanan
  • Pengunaan penjagaan muka yang tidak sesuai.

Jadi macam mana nak hilangkan blackhead ni denagan cepat dan berkesan? Jom Ira kongsikan tips hilangkan blackhead secara semulajadi.

1. Soda Bikarbonat
Buat pes daripada 2 sudu soda bikarbonat dengan air. Sapu pada muka dan urut perlahan-lahan supaya meresap ke dalam kulit. Cara ini membantu untuk membuang lebihan minyak, kotoran dan debu pada kulit muka.

2. Timun
Ekstrakkan jus daripada sebiji timun. Rendam kapas daalm jus tersebut dan sapukan pada muka. Biarkan selama 20-30 minit sebelum dibilas. Lakukan setiap hari selama sebulan untuk hasil yang baik.

3. Oat
Campurkan 5 sudu madu dan 2 sudu susu tepung ke dalam 2 sudu oat. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka. Kemudian, urut perlahan-lahan. Biarkan kering seblum dibilas.

4. Yogurt
Sapu yogurt pada muka dan biarkan selama 10minit sebelum dibilas. Lakukan sekerap mungkin untuk membuang minyak yang berlebihan dan membuang sel-sel kulit mati.

5. Ais
Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30saat. Ais dapat meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit dan seterusnya membina kulit yang lebih sihat.


Harap perkongsian Ira dapat memberi manfaat untuk rakan-rakan yang sedang mengalami masalah blackhead. Tak perlu susah-susah keluarkan duit. Pakai bahan yang ada dekat dapur saja.

Jom sihat dan cantik bersama Ira.


Continue Reading

Cara menghilangkan parut jerawat dengan cepat dan berkesan | IRAHARTATIK



Pertama setiap kali bangun tidur yang selalu kaum hawa buat ialah telek muka depan cermin. Betul tak? Jangan bohong tau sebab Ira pon dulu macam tu juga. Setiap pagi mesti nak belek-belek dulu muka sebab nak perhatikan bekas-bekas parut jerawat ni dah hilang atau belum. Tapi hampeh, parut jerawat tetap ada !!

Tension tau macam ni, dah ikhtiar dengan macam-macam jenis penjagaan muka tapi parut jerawat tetap ada. Ingat tak malu ke kalau ada parut jerawat yang besar-besar dan berlubang. Silap hari bulan orang nak pandang muka kita pon tak sudi tau. Bukan tak cuba nak hilangkan parut ni tapi dah macam-macam jenis penjagaan muka dari yang murah sampailah yang mahal tetap tak ada hasil yang memuaskan.Agak-agak sakit hati tak?

Tapi sekarang ni dah tak perlu risau dah. Semenjak ada Rangkaian Penjagaan YOUTH korang dah tak perlu risau tentang parut jerawat. YOUTH sangat berbeza daripada dengan jenama lain yang ada dipasaran.

YOUTH satu-satunya skincare yang bebas 1500 bahan kimia yang diragukan. YOUTH juga bebas Vegetarian dan sangat organik. Dan yang paling best YOUTH diformulasi oleh saintis, pakar estetik, pakar kulit dan juga pakar mata. Eh, kenapa mata? Sebab Shaklee ingin pastikan  YOUTH tidak memberi keradangan pada mata. Biasanya ada sesetengah produk muka yang akan membuat mata menjadi merah atau pedih.

Korang masih tak percaya dengan keajaiban YOUTH? Jom Ira tunjukkan testimoni daripada seorang pengguna YOUTH.


Testimoni pengguna YOUTH selama 20 hari.




Macam tak percaya kan YOUTH boleh bertindak secepat ini. Dah jom jangan bazirkan masa dan tenaga. Order YOUTH sekarang untuk dapatkan kulit yang bebas dari parut jerawat. Ira nak ingatkan untuk bulan Mac saja setiap pembelian SET INSENTIVE TREATMENT AND REPAIR, korang layak untuk dapat :


  • FREE shipping
  • FREE radiance C+E yang bernilai hampir RM 400
  • FREE beauty bag
  • FREE membership


Buat pilihan bijak untuk hilangkan parut jerawat korang.
Hubungi Ira melalui whatsapp 011-11555941
Continue Reading

Cara atasi masalah kulit muka tidak stabil | IRAHARTATIK



Untuk wanita yang bekerjaya, yang tak ada masa untuk menjaga kesihatan kulit cuba ambil masa 2-3 minit untuk perhatikan kulit muka kita tu betul-betul. Perasan tak setiap kali kita balik kerja muka kita akan berminyak? Itu belum lagi dengan timbulnya jerawat setiap kali stress !! Aduh. mesti tension kan bila kulit dah tak sehalus macam zaman muda dulu. Nak berdepan dengan officemate pon rasa down sangat.

Dah cuba macam-macam jenis produk muka tapi masih juga tak ada perubahan. Tahu tak kadang-kadang produk tersebut tak sesuai dengan kulit muka kita? Dah la tak ada kesan, membazir pulak masa, tenaga dan duit beli produk tu. Akibatnya kulit yang sedia bermasalah semakin bertambah teruk !!

Kini ada penyelesaian untuk wanita-wanita yang mempunyai masalah kulit tidak stabil seperti berminyak dan berjerawat. Rangkaian penjagaan kulit YOUTH  ni telah terbukti diuji selama 8 tahun oleh pakar saintis dan diperbuat daripada tumbuhan semulajadi seperti Muscadine Grape, Lotis Japonicus, Apple Stem Cell dan Schisandra Chinensis Fruit.

Apa yang best tentang Rangkaian penjagaan YOUTH ni adalah :

  • 100% Vegan
  • Hipoalergenik
  • Non-Comedogenic ( tidak menyumbatkan pori)
  • Diuji oleh ahli dermatologi
  • Diuji oleh ahli oftalmologi

Dan yang paling hebat YOUTH bebas daripada 1500 bahan kimia berbahaya dan bahan-bahan yang boleh merosakkan kulit muka.

Jadi kalau sesiapa yang ada masalah kulit tidak stabil seperti berminyak, berjerawat dan kulit kusam sangat sesuai untuk mencuba YOUTH.

Rangakain Penjagaan YOUTH bertindak untuk :

  • Untuk kulit kelihatan lebih muda
  • Memperbaharui tekstur kulit
  • Menaikkan seri wajah
  • Mengurangkan kedutan wajah
  • Menengangkan kulit
  • Mengecilkan pori-pori
  • Mengecutkan jerawat 

Kalau korang berminat untuk mencuba YOUTH boleh roger Ira sebab ada rahsia best yang Ira akan kongsikan untuk dapatkan kulit wajah cantik semudah ABC. Dan Setiap pembelian YOUTH korang layak untuk mendapatkan hadiah istimewa daripada Ira.

Buat pillihan bijak sekarang untuk dapatkan kulit yang sihat tanpa bahan kimia. Hubungi Ira melalui whatsapp 011-11555941



Continue Reading

Petua memutihkan kulit muka dengan cepat dan berkesan | IRAHARTATIK



Semua orang nak kulit putih melepak bak mutiara kan. Tapi ada yang sanggup mengambil suntikan atau drip untuk putih dengan cepat. Ya, korang akan dapat kulit yang putih dalam waktu yang singkat tapi korang jangan lupa kesan sampingan daripada suntikan tersebut.

Disebabkan ramai sangat yang nak putih tu kan, Ira nak kongsikan petua untuk memutihkan kulit muka dengan cepat dan berkesan. Eh, bukan setakat berkesan tapi jugak selamat dan halal sebab kita akan gunakan bahan-bahan semulajadi. In sha Allah.


PETUA MEMUTIHKAN KULIT :

1. LEMON

Buah lemon mengandungi Alpha Hidrokoli yang dapat menghalang radikal bebas akibat kulit kusam. Lemon juga dikenali sebagai agen bleaching semulajadi yang dapat menghalang kekusaman akibat sinar matahari.

Cara-caranya :

  1. Perah air lemon dalam sebuah bekas.
  2. Ambil sekeping kapas dan celupkan pada air lemon
  3. Sapukan kapas pada muka
  4. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air suam.



2. YOGURT

Vitamin B5 yang terkandung dalam yogurt berfungsi menghilangkan bintik-bintik hitam akibat jerawat dan berperanan mencerahkan kulit. Kalsium yang terkandung dalam yogurt berperanan penting dalam melembapkan kulit muka.

Cara-caranya :

  1. Tuangkan satu sudu makan yogurt ke dalam bekas.
  2. Tambah sedikit madu dan susu.
  3. Sapu rata pada muka
  4. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam.



3. MADU

Madu adalah pelembap dan antibiotik semulajadi kulit yang sekaligus dapat mencerahkan kulit dan mengangkat sel kulit mati. Madu juga berfungsi menghilangkan bekas jerawat dan bertindak sebagai anti-aging.

Cara-caranya :


  1. Ambil satu sudu makan madu
  2. Sapu pada muka selama 10-15 minit
  3. Bilas dengan air suam
  4. Untuk hasil yang lebih baik lakukan setiap hari.



4. TOMATO

Lycopene yang terkandung dalam tomato terbukti dapat menghalang radikal bebas dan melindungi kulit dari radiasi sinar matahari. Lycopene juga dapat memberi nutrisi pada kulit dan bertindak mencerahkan kulit.

Cara-caranya :


  1. Hancurkan sebiji tomato sehingga halus
  2. Sapu pada wajah dan biarkan selama 15 minit
  3. Bilas dengan air suam


Mudahkan petua dari Ira. Kita cuma perlukan bahan-bahan yang mudah tapi hasilnya memang terjamin selamat dan berkesan. Lepas ni jangan ngada-ngada nak cuba suntikan memutihkan kulit tu semua tau. Sayangilah kulit kita seperti kita sayang akan diri sendiri. Ewahhh.

Semoga perkongsian Ira sedikit sebanyak dapat memberi manfaat untuk semua.

Continue Reading

Punca masalah kulit muka bagi wanita masa kini | IRAHARTATIK


Terlalu ramai pada usia muda yang sudah alami jerawat yang teruk dan berparut hitam. Seawal 20-an ada yang sudah alami masalah jeragat. Seawal 30-an pula ada yang sudah alami masalah kedutan dan kulit kusam.

Saya pon pernah alami masalah kulit tapi alhamdulillah tak pernah lagi alami masalah yang teruk sebab saya amat teliti dalam pemilihan penjagaan kesihatan. Lagi-lagi mak saya akan berleter bila ada jerawat disebabkan produk muka yang tidak sesuai.

Punca masalah berlakunya masalah kulit ni sangat banyak. Dan kita perlu mengambil berat supaya dapat merawat atau mencegah masalah kulit yang bermasalah. Ada yang mempunyai masalah jerawat yang teruk, kulit kering dan sensitif, alergik, kulit kusam, tona kulit tidak sekata. Nak rawat masalah kulit kita kena tahu puncanya dulu kan. Bak kata pepatah kita cari sampai ke akar umbi.

PUNCA MASALAH KULIT TERBAHAGI KEPADA 2 :


FAKTOR DALAMAN
FAKTOR LUARAN 



FAKTOR DALAMAN

1. PEMAKANAN

Punca utama masalah jerawat dan sebagainya disebabkan oleh faktor pemakanan. Makanan yang tinggi gula, minyak, tenusu, refined carbo boleh menyebabkan keradangan dan mudah mendapat jerawat dan kedutan.

2. HORMON

Masalah kulit juga berkait dengan perubahan hormon. Misalnya datang bulan, mengandung, baru lepas melahirkan atau mengambil pil perancang. Hormon yang tidak stabil boleh menyebabkan timbulnya jerawat di muka.

3. STRESS
Kulit kusam, berjerawat? mungkin juga korang sedang stress. Hati-hati apabila tengah stress atau tertekan dengan masalah kerja. Berehatlah sebentar. Kulit kita juga perlukan ruang untuk bernafas. Kulit yang sihat berpunca dari gaya hidup kita juga. Jadi jangan stress-stress ya.



FAKTOR LUARAN

1. KULIT KOTOR DAN TERDEDAH DENGAN RADIKAL BEBAS

Radikal bebas sangat bahaya untuk kesihatan kita. Antara contoh radikal bebas adalah asap kenderaan, asap kilang, asap rokok dan sebaginay. Ini adalah faktor utama tapi rami orang yang kurang ambil perhatian.Bila bahan tercemar ni meresap masuk melalui sistem pernafasan kita, makanan kita, kulit kita ia akan menjadi toksin. Bila toksin berkumpul mulah la muncul masalah kesihatn seperti pening, mual, lelah, kulit kusam dan munculnya jerawat.


2. SALAH PILIH PRODUK

Zaman sekarang ni memang terlalu banyak lambakan produk-produk kosmetik di media sosial dan ramai dalam kalangan kita yang mudah terpengaruh dengan produk-produk yang kebanyakannya mengandungi bahan-bahan berbahya seperti Merkuri dan Hidrokuinon. Cari produk yang ada clinically tasted atau pengesahan ujian klinikal.


3. PRODUK PENJAGAAN MUKA YANG TIDAK BERKESAN / LENGKAP

Sebab berlakunya masalah kulit adalah salah pilih produk penjagaan muka yang tak sesuai dengan jenis kulit muka kita. Jadi sebelum beli apa-apa produk penjagaan muka sila kenal pasti dulu jenis kulit sendiri.


4. HABIT SUKA PEGANG KULIT/PICIT JERAWAT 

Ha, yang ni mesti ramai yang buatkan. Bila jerawat datang mulalah tangan tu gatal nak usap atau gentel-gentel jerawat tu kan. Dah la tangan kotor, bila korang sentuh dekat muka lagi la boleh jadi teruk tau.


5. SINAR UV MATAHARI

Apabila kulit kita terlalu lama terdedah dengan sinar UV, kulit akan akan cepat bermasalah jika tidak memakai "protection". Sinar UV terbahagi kepada 2 iaitu UVA dan UVB.

UVA - boleh menyebabkan aging effect seperti kedutan/ kulit kendur/ pigmentasi/jeragat.
UVB - boleh menyebabkan kulit sunburn.


Jelas dah sekarang punca kulit kita bermasalah? Jadi sekarang ni nak amik tindakan atau nak berdiam diri saja? Kalau nak kulit yang sihat dan cantik haruslah amik tindakan cepatnya. Orang cakap FAST ACTION, FAST RESULT. Ira harap perkongsian kali ni dapat bantu rakan-rakan yang ada masalah kulit.


Continue Reading

Saturday, 17 March 2018

Bagaimana memilih produk skincare yang betul untuk setiap jenis kulit | IRAHARTATIK




Salah dalam memilih skincare akan buat kita menyesal seumur hidup. Mana taknya, kandungan skincare yang berbahaya boleh menyebabkan kulit menjadi rosak bahkan boleh menjejaskan kesihatan kita seperti kerosakan buah pinggang dan kanser kulit.

Jadi kali ni ira nak share tentang macam mana nak pilih skincare yang sesuai untuk jenis-jenis kulit. Orang kata biarlah jadi pembeli dan pengguna yang bijak kan? Kalau entry sebelum ni ira dah jelaskan tentang jenis-jenis kulit wajah kita iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminyak dan kulit kombinasi kan. Agak-agak korang dah tahu ke jenis kulit wajah masing-masing?

Ira nak kongsikan tentang "daily basic skincare routines" dulu ye. Sebab ramai lagi yang belum tahu step paling asas untuk penjagaan kulit.

LANGKAH PALING BASIC PENJAGAAN KULIT :


  1. Cleanse
  2. Tone
  3. Mositurize
  4. Exfoliate
  5. Protect
  6. Treat - untuk kulit yang ada masalah


Tapi Ira nak FOKUS yang paling basic dan paling mudah iaitu :

CLEANSE
TONE
MOISTURIZE



1. CLEANSE ( Mencuci )

Penting untuk kita memilih pencuci muka yang sesuai. Salah dalam memilih pencuci muka akan menjadikan kulit menjadi teruk dan bermasalah. Dan pastikan jangan pilih pencuci yang ada bahan SULPHATES !!! Sebab tidak sesuai untuk kulit jenis kering.


Kenapa kita perlu mencuci muka?


  • Menanggalkan sisa makeup, habuk, debu dan sebagainya.
  • Menyingkirkan sel-sel kulit mati.
  • Menyingkirkan lebihan sebum.
  • Mengelakkan pori-pori tersumbat.
  • Memudahkan proses penggantian sel kulit baru.


Jenis Pencuci yang sesuai mengikut jenis kulit


  • Kulit Normal - Pencuci jenis FOAM untuk membersih dan melembap.
  • Kulit Berminyak - Pencuci jenis GEL untuk buang sisa kotoran dan sebum.
  • Kulit Kering - Pencuci jenis CREAM, LOTION,SUSU untuk mencuci secara lembut dan pada masa yang sama untuk melembutkan.
  • Kulit Kombinasi - kena tengok menjurus pada NORMAL to DRY / NORMAL TO OILY.

Bahan-bahan yang perlu dielakkan dalam pencuci muka



2. TONE

Nak tahu rahsia cantik orang Korea? Diorang tu tak pernah tinggal toner. Setiap kali lepas cuci muka diorang akan apply toner cepat-cepat. Jjadi kalau nak cantik jangan skip step yang ini ye.

Fungsi Toner :


  • Seimbangkan semula PH kulit selepas mencuci muka.
  • Membuang saki baki kotoran yang tertinggal sselepas mencuci muka.
  • Mengecutkan semula pori-pori.


Cara apply Toner ni sangat mudah. Korang cuma dap dap dengan cotton lembut atau lalukan dengan lembut pada permukaan kulit.

Jenis-jenis Toner yang sesuai dengan jenis kulit :


  1. Kulit Kering - Cari toner yang kaya dengan pelembap dan bersifat "hydrating toner.
  2. Kulit Berminyak - Cari toner yang bersifat salicylic acid.


 Jenis-jenis toner mengikut jenis kulit


3. MOISTURIZE

Step terakhir dalam 'Daily routine  skincare" ialah moisturize.

Fungsi Moisturizer

  • Melembapkan kulit.
  • Mencegah rekahan/berkuping dan kulit kusam.
  • Menyediakan satu lapisan perlindungan lembapan untuk sepanjang hari.

Jenis-jenis moisturizer mengikut jenis kulit :

  1. Kulit Normal - Mositurizer yang sesuai adalah dalam bentuk krim ( tidak berminyak, pada masa yang sama melembap ).
  2. Kulit Kering - Pilih moisturizer dengan hyaluronic acid (melembap), glycerin/protein ( tarik lembapan air kepada kulit).
  3. Kulit Berminyak - Pilih moisturizer jenis lotion dan palin ringan, bahan utama terdiri daripada air ( water based).
Rasa macam banyak lagi nak cerita pasal jenis-jenis skincare ni. Tapi ira hold dulu yea. Ira harap info ni berguna untuk korang semua terutamanya dalam pemillihan skincare yang betul mengikut jenis kulit.

Lepas ni  jangan buat silap lagi tau ! Jom la cantik bersama ira.




Continue Reading

Thursday, 15 March 2018

TIPS KENALI JENIS KULIT MUKA ANDA DAN CIRI-CIRINYA | IRAHARTATIK



Untuk kaum hawa amat penting untuk kenal dengan lebih mendalam jenis-jenis kulit wajah sebelum membeli apa-apa skincare. Ini sangat penting untuk pastikan kita tidak tersilap dalam memilih skincare yang sesuai dengan kulit wajah kita dan jugak menggelakkan daripada berlakunya pembaziran disamping ingin menjaga kulit kita.

Kali ni Ira nak kongsikan jenis-jenis kulit wajah dan ciri-cirinya. Ramai lagi yang masih tak kenal jenis kulit wajah sendiri. Nah ira kongsikan ye. Pertama sekali ira nak kongsikan jenis-jenis kulit kita terbahagi kepada 4 iaitu :


1. KULIT NORMAL (NORMAL SKIN )

  • Jarang ada masalah jerawat
  • Tidak ada cela
  • Mudah dijaga
  • Liang pori bersaiz biasa
  • Kulit nampak segar dan terasa anjal


2. KULIT KERING ( DRY SKIN )

  • Pori muka tidak jelas / tidak ketara
  • Kusam dan nampak kasar
  • Ada tompokan merah
  • Kurang elastik / anjal
  • Garisan halus / merekah
  • Kulit muka gatal
  • Berkedut


3. KULIT BERMINYAK ( OILY SKIN )

  • Pori muka nampak besar
  • Banyak blackhead / whitehead
  • Berjerawat
  • Kotoran mudah melekat
  • Tidak ada garis halus / kedutan
  • Muka nampak berkilau ( shiny)


4. KULIT KOMBINASI ( COMBINATION SKIN )

  • Berminyak dikawasan T-Zone ( Dahi + Hidung + Dagu )
  • Kawasan muka yang lain kering
  • Pori nampak besar
  • Kadang akan mendapat jerawat



Ok semua dah jelas tak jenis-jenis kulit wajah masing-masing? Penting ye untuk kita tahu kulit kita dalam kategori yang mana. Ini semua akan tentukan produk mana yang sesuai atau tidak sesuai dengan kulit kita. Tersalah pilih, meranalah kita nanti. Oppss

Setakat ini saja entry Ira untuk kali ni. Next entry Ira akan kongsikan beberapa tips untuk membeli produk skincare yang sesuai dengan jenis kulit.

Stay tuned :)


Continue Reading

Friday, 9 March 2018

TIPS MENJAGA KULIT WAJAH SUPAYA BEBAS DARI JERAWAT | IRAHARTATIK



Kulit yang cantik,halus, mulus bebas dari jerawat memang idaman setiap wanita termasuklah Ira sendiri. Tapi tak semua orang bernasib baik memiliki wajah yang bebas dari jerawat.

Ada orang sanggup laburkan beratus bahkan beribu ringgit semata-mata menginginkan wajah yang sihat dan bebas jerawat. Tapi kali ni Ira nak kongsikan tips untuk jaga kulit wajah supaya bebas dari jerawat semudah 1,2 dan 3.


1. Minum air putih yang cukup.

Air putih adalah salah satu faktor yang dapat merawat kecantikan kulit. Rajin meminum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dapat membuat kulit terlihat lebih sihat dan jerawat susah nak muncul.

2. Tidur secukupnya

Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari untuk berehat. Elakkan tidur terlalu malam kerana dapat mengacau sistem dalam tubuh yang boleh mengakibatkan kulit kusam dan jerawat mudah datang.


3 .Bersenam

Melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam membantu peredaran oksigen ke seluruh badan terutamanya pada kulit berjalan lancar. Buat aktiviti ringan seperti berjogging atau berjalan kaki di pagi hari selama 15 minit.


4. Elakkan stress

Stress salah satu faktor penyebab kulit kusam dan seterusnya akan muncul jerawat. Jika terlalu busy dengan kerja, ambil sedikit masa untuk membuat "refreshing" untuk melancarkan peredaran darah. Peredaran darah yang lancar dapat membuat kulit terlihat lebih sihat.


5. Rajin membersihkan wajah.

Rahsia kulit sihat dan bebas jerawat adalah dengan rajin membersihkan wajag setiap kali melakukan aktiviti di luar rumah. Hal ini sangat penting untuk memastikan kulit wajah terhindar daripada segala jenis kotoran.

Ok, dah dapat tips yang menarik dan simple dari Ira kan. So, lepas ni boleh la jaga kulit muka tu dari jerawat yang degil.

Dah tak perlu nak habiskan duit yang banyak untuk dapatkan kulit yang diidamkan. Cukuplah kita mulakan langkah yang mudah dulu.

Setakat ini saja entry Ira, in sha Allah kita akan berjumpa di next entry dengan topik yang lebih menarik.

Semoga bermanfaat guys.





Continue Reading