Tuesday, 20 February 2018

Rahsia Kulit Cantik dan Sihat Dengan Bahan Semulajadi | IRAHARTATIK



kulit cantik dan sihat memang idaman setiap orang terutamanya kaum hawa. Tapi macam mana nak dapatkan kulit cantik dan sihat tanpa menggunakan kos mahal dan hanya menggunakan bahan semulajadi. Untuk mendapatkan kulit yang cantik, pertama sekali kita perlu tahu permasalahan yang ada pada kulit. Contohnya kulit berjerawat, jeragat, kulit kusam, tona tidak sekata dan banyak lagi.
Antara penyebab kulit bermasalah adalah :
1. Penyalahgunaan skincare yang mengandungi merkuri 2. Minum kopi secara berlebihan (kafein tidak bagus untuk kesihatan kulit) 3. Stress melampau 4. Terdedah kepada sinar matahari yang terlalu lama 5. Terdedah dengan radikal bebas ( asap kenderaan, asap kilang, asap rokok ) 6. Tak cukup tidur 7. Pemakanan yang tak seimbang Penyebab di atas merupakan salah satu punca kulit bermasalah. Dan jika dibiarkan, kulit akan menjadi semakin teruk dan akan terlihat lebih tua dari usia sebenar. Kini tiada lagi rahsia untuk mendapatkan kulit cantik dan sihat menggunakan bahan semulajadi.
Antara cara yang saya kongsikan adalah: 1. Madu - Gaul 1 sudu kecil minyak zaitun, gula dan madu asli hingga menjadi krim. Kemudian sapu dan urut pada muka.
2. Badam - Rendam 4-5 biji badam dan sedikit kunyit ke dalam susu dan biarkan semalaman. Kemudian hancurkan dan jadikan masker lalu sapu pada muka.
3. Epal - Kisar 1 biji epal tanpa air dan sapu pada muka selama 30 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
4. Tomato - Tomato mengandungi Lycopene yang mampu melindungi kulit dari sinar matahari. Caranya kisar 1 biji tomato dan sapukan pada muka. Atau kisar dan bekukan di dalam peti sejuk dan sapu pada keseluruhan muka.
5. Soya - Susu soya kaya dengan Insoflavon yang menjadikan kulit lebih anjal. Jangan terkejut bila kita amalkan susu soya kulit kita nampak lebih anjal dan kedutan mula menghilang.
6. Strawberry - Selain Vitamin C, Strawberry mengandungi kolagen yang membantu mencerahkan serta melicinkan kulit. Caranya kisar strawberry dan campur dengan sedikit yogurt lalu sapu pada muka. Ok, sekarang dah tak ada lagi rahsia untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat menggunakan bahan semulajadi. Dah boleh praktis buat dekat rumah. Bahan-bahan ni memang senang sangat nak dapat terutamanya dekat dapur. Selamat mencuba !! Semoga perkongsian ini dapat membantu pembaca dan semua orang yang inginkan kulit sihat dan cantik Jom cantik bersama www.irahartatik.blogspot.com

1 comment: