Friday, 27 July 2018

ALERT !!! KES HFMD SEMAKIN MENINGKAT | IRAHARTATIK





Perhatian kepada ibu bapa dan pengusaha tadika;

✅ Terdapat peningkatan bilangan kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia.

✅ Sehingga 26 Mei 2018, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 21,644 kes dan kes ini dilaporkan semakin meningkat sehingga ke hari ini.

Info Ringkas Mengenai HFMD

✅ Penyakit HFMD disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV71).

✅ Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit.

✅ Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah.

✅ Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis.

Saranan Kepada Ibu Bapa Bagi Kanak Kanak Yang Di Jangkiti Dengan HFMD

✅ JANGAN membawa anak ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan

✅ CUCI TANGAN
Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

✅ BERSIHKAN MAINAN
Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin; dan

✅ BUANG LAMPIN
Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.

 Ibu/bapa kanak kanak yang dijangkiti HFMD LAYAK untuk mendapat cuti kuarantin


Saranan kepada penjaga kanak-kanak di taska/tadika/tabika/pra-sekolah

✅ Utamakan Kebersihan
Sentiasa memastikan kebersihan premis terutama peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak;

✅ Lakukan Saringan
Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD.

✅ LARANGAN HADIR KE SEKOLAH
Kanak-kanak dengan gejala dinasihatkan untuk tidak hadir ke sekolah bagi mengelakkan jangkitan kepada kawan-kawannya;

✅ Sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci tangan selepas menguruskan seorang kanak-kanak sebelum mengendalikan kanak-kanak lain;

✅ Memastikan lampin pakai-buang dibuang dalam tong sampah bertutup; dan

✅LAPORKAN
Melaporkan kluster HFMD kepada pejabat kesihatan daerah berhampiran untuk tindakan kawalan dan pencegahan.

Sumber http://kpkesihatan.com/2018/06/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-jun-2018-situasi-semasa-kejadian-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia/

@GayaSihatCantik
Continue Reading

Thursday, 26 April 2018

CARA MENGATASI KULIT KUSAM MELAMPAU | IRAHARTATIK





Rutin setiap kali bangun tidur mesti tercari-cari cermin sebab nak belek kulit muka. Makin hari kulit makin kusam. Padahal dah cuba bermacam-macam set penjagaan kulit muka. Dari yang tua sampailah yang mahal. 

Kecewa bila dah cuba bermacam-macam tapi masih belum dapat hasil yang memuaskan. Kadang kita lupa kulit kusam ni disebabkan banyak faktor yang kita sendiri tak sedar salah satunya disebabkan sinaran matahari, faktor pemakanan, persekitaran dan gaya hidup.

Tapi jangan risau Ira akan bantu korang macam mana nak dapatkan kembali kulit muka yang berseri-seri bak purnama merindu. 

Mula-mula sekali kita perlu tahu untuk mendapatkan kulit yang sihat kita perlu rawat dari dalam dulu. Kita perlu beri makanan untuk kulit salah satunya dengan pengambilan makanan tambahan yang organik. 

Contohnya dengan pengambilan ESP SHAKLEE yang berasaskan dari protein soya yang sangat untuk kesihatan kulit. ESP bertindak menghasilkan kolagen dan menghasilkan sel-sel kulit muka baru bagi mengamgantikan sel kulit yang mati.

ESP Shaklee juga boleh menjadikan kulit menjadi anjal dan gebu serta mencerahkan kulit.

Ira dah cuba sendiri ESP SHAKLEE hampir satu tahun dan kulit Ira semakin sihat dari hari ke hari.




Dulu kulit Ira sangat kusam dan berminyak. Dan Alhamdulillah sekarang makin cerah. 

Korang yang ada masalah macam Ira boleh cuba sendiri ESP SHAKLEE. Sangat berbaloi sebab ESP SHAKLEE adalah sumber protein Non-GMO.

Tapi Ira nak bagi tau ni dengan setiap pembelian FULL SET KECANTIKAN SHAKLEE, Ira berbesar hati nak bagi FREE POSTAGE DAN FREE GIFT untuk 10 orang pembeli terawal.

Berminat nak dapatkan ESP SHAKLEE? Boleh hubungi Ira :

Whatsapp : 011-11555941
FB pages : Irahartatik
Instagram : Irarusdibeauty
Continue Reading

TANDA-TANDA BADAN KEKURANGAN PROTEIN | IRAHARTATIK


Tahu tak korang badan akan mula menunjukkan tanda apabila kekurangan protein? Dan protein ini sangat penting dalam kompenan di dalam badan dan protein juga merupakan zat yang terpenting di dalam badan.

Antara tanda badan kekurangan protein adalah :

1. Masalah rambut dan kuku
Dah cuba macam-macam shampoo dari yang murah sampailah yang mahal tapi rambut tetap gugur? Bukan silap dari shampoo, kemungkinan rambut gugur petanda badan kita kekurangan protein. Begitu juga dengan kuku. Jika kita kekurangan protein, kuku kita akan mudah rapuh.

2. Kulit nampak kusam
Cuba kita perhatikan kulit kita ada tak nampka lebih kusam? Kadang dah tepek bedak tebal tapi masih lagi nampak kekusaman kulit kita. Kulit kusam menunjukkan badan kita kekurangan protein dan kulit tidak dapat hasilkan sel-sel kulit yang baru.

3. Mudah diserang penyakit
 Jika kita mudah diserang penyakit boleh jadi badan kita kekurangan protein. Protein merupakan kunci untuk kita mendapatakan imun tubuh yang kuat.

4. Kerap letih
Kekurangan protein juga boleh mengganggu keadaan fizikal kita. Hal ini disebabkan tenaga yang semakin berkurang dari sumber protein.

5. Luka lama sembuh
 Perasan tak setiap kali ada anggota badan yang tercedera dan memakan masa yang lama untuk sembuh? Ini terjadi disebabkan badan kekurangan protein.

Jadi apa yang perlu kita lakukan apabila ada tanda-tanda seperti di atas berlaku pada badan kita? Kita perlu lebihkan pengambilan sumber protein di dalam diet seharian.


Continue Reading

Wednesday, 25 April 2018

KENAPA MESTI PILIH ESP SHAKLEE | IRAHARTATIK



Kenapa kita wajib memilih ESP Shaklee berbanding protein soya yang lain?Dan kenapa protein Shaklee adalah yang terbaik?Kita semua perlu faham tentang keistimewaan ESP Shaklee barulah kita akan jatuh cinta dengan ESP Shaklee.

Confirm lepas dah kenal keistimewaan ESP Shaklee kita tak akan pandang dengan sumber protein yang lain.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

1.Shaklee menggunakan soya yang tidak diubahsuai secara genetik(Bukan - GMO) dibawah program Pengekalan Identiti(IPD).

2.Setiap hidangan ESP Shaklee membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan.Protein soya bantu menurunkan paras kolesterol.

3.ESP Shaklee juga mempunyai skor PDCAAS ( Protein Digestibility Corrected Amino Score ) 1.0
- Penafasan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.

4. ESP Shaklee juga membekalkan 9 asid amino yang badan kita tidak dapat hasilkan sendiri.

5. ESP Shaklee juga kaya dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Jelas dah sekarang ESP Shaklee memang berbeza dengan sumber protein jenama lain. Sebab inilah Ira tak nak pilih yang selain ESP Shaklee. Korang pulak macam mana?

Continue Reading

HILANG SENGSARA GASTRIK SEJAK AMALKAN ESP SHAKLEE | IRAHARTATIK



Pernah tak korang rasa sakit perut yang melampau sampai terguling-guling. Ingatkan sakit perut biasa, rupanya gastrik😫

Ira pernah tau rasa sakit yang teramat sangat sampai satu tahap tak tahan sangat terpaksa amik injection tahan sakit dekat doktor.

Sejak dari hari tu, ira memang tak boleh skip atau terlambat makan. Perut akan jadi sebu dan rasa nak termuntah je.Paling sengsara bila time bulan puasa, risau puasaku tak penuh sebab gastrik.

Jadi Ira ikhtiar untuk settlekan masalah gastrik ni. Tahun 2017, ira bertemu jodoh dengan ESP Shaklee. Alhamdulillah, almost 10bulan ira amalkan susu soya non-gmo ni, gastrik dah tak datang-datang.

Korang tau tak kenapa ESP Shaklee ni boleh settlekan masalah gastrik ira?Sebabnya ESP Shaklee merupakan sumber protein terbaik untuk membantu pembentukan baru sel-sel perut yang luka atau mati akibat terkena rembesan asid gastrik.

Jadi apabila luka semakin kurang, pedih perut atau angin-angin juga akan berkurang.Wow, syokkkk betullah minum susu ni.Selamat tinggal gastrik.Korang yang ada masalah gastrik, boleh cuba ESP Shaklee.

Korang kalau memang ada masalah gastrik boleh cuba ESP Shaklee ni. Boleh juga buat persediaan bulan puasa nanti. Oh, ya bulan ni ada special promo untuk ESP. Dengan setiap pembelian ESP, korang akan dapat FREE SHAKER & FREE POSTAGE.

Berminat untuk dapatkan ESP dengan harga promo boleh hubungi Ira :
Whatsapp : 011-11555941
FB pages : Irahartatik
Instagram : Irarusdibeauty

Continue Reading

1001 KEBAIKAN ESP SHAKLEE YANG WAJIB TAHU | IRAHARTATIK



Selalu sangat orang sebut pasal ESP Shaklee? Bagus sangat ke ESP Shaklee tu? Nah Ira kongsikan antara kebaikan ESP Shaklee

Kebaikan dan Kelebihan ESP:
🌸Membantu menjadikan kulit lebih berseri danmenganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
🌸Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan
🌸Memberi ton warna kulit yang sekata
🌸Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
🌸Membantu mengurangkan risiko kanser
🌸Mempertingkatkan tahap kolestrol baik
🌸Memelihara kesihatan jantung
🌸Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
🌸Membantu pembentukan sel-sel baru.
🌸Membantu menyembuhkan gastrik.
🌸Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.
🌸Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.
🌸Memudarkan parut
🌸Kecantikan kulit dan rambut

Pengalaman Ira sendiri selama setahun minum ESP, kulit semakin cerah dan lembap. Kulit kusam semakin hilang. Sakit gastrik yang kerap datang pon dah pergi jauh 😊

Korang yang belum cuba ESP ni, wajib cuba sekarang. Kalau tak confirm menyesal 😊

Continue Reading

RESIPI SHAKLEE YANG MENGGIURKAN | IRAHARTATIK


Ada orang jenis yang tak boleh bau soya. Nanti dia akan rasa loya dan termuntah tapi teringin untuk cuba ESP Shaklee. Katanya kalau bancuh ESP dengan air suam dia tak bole masuk dekat tekak.

Ha, jangan risau. Mungkin korang tak tahu ESP Shaklee boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.

Bukan setakat bancuh dengan air suam saja. ESP Shaklee boleh dibancuh dengan air kegemaran korang.

Dah beli mahal-mahal takkan tak nak minum ESP tu pulakkan? Nah Ira kongsikan 5 Resipi ESP Shaklee yang boleh buat korang terliur.


1. MANGGO YOGURT SMOOTHIE


Bahan-bahan :
3 Sudu makan ESP 
1 biji buah mangga
1 cawan plain yogurt
1 cawan ais

Caranya :
Blend kesemua bahan-bahan di atas. Dan siap untuk di minum.


2. BANANA OAT PROTEIN SMOOTHIE


Bahan-bahan :
3 sudu makan ESP
2 sudu makan oat
1 biji pisang
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais  

Caranya : 
Blend kesemua bahan-bahan di atas.

3. STRAWBERRY PROTEIN SMOOTHIE WITH PEANUT BUTTER


Bahan-bahan :
3 sudu besar ESP
1 cawan buah strawberi
1 cawan oat
1 sudu kacang mentega
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Caranya :
Blend kesemua bahan-bahan di atas.

4. KIWI PROTEIN SMOOTHIE


Bahan-bahan :
3 sudu ESP
1 cawan buah kiwi
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Caranya : 
Blend kesemua bahan-bahan di atas.

5. GREAT DATES SMOOTHIE


Bahan-bahan : 
3 sudu ESP
1 cawan kurma
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Caranya : 
Blend kesemua bahan-bahan di atas.



Ok, dah tengokkan 5 resipi ESP yang sangat menggiurkan tu. Sebenarnya ada banyak lagi resipi yang korang boleh cuba. Kesemua resipi ni sangat sesuai di minum terutamanya semasa berpuasa kerana boleh membekalkan tenaga berpanjangan dan memberi rasa kenyang yang lama.

Selamat mencuba !!

Continue Reading

5 TIPS PILIH SUMBER PROTEIN TERBAIK | IRAHARTATIK



Sumber protein sangat penting untuk keperluan seharian. Protein membantu dalam proses tumbuseran terutamanya untuk remaja dan protein juga sangat penting untuk memenuhi keperluan nutrisi seharian kita.

Tetapi dalam perlu diingat tidak semua protein bagus untuk badan. Kita perlu berhati-hati ketika memilih sumber protein yang betul.

Ira akan kongsikan tips macam mana nak pilih sumber protein yang betul. Lepas ni jangan silap lagi tau.

5 TIPS UNTUK BANTU MEMILIH SUMBER PROTEIN YANG TERBAIK

1. PROTEIN HAIWAN VS PROTEIN BERASASKAN TUMBUHAN

Kedua-dua protein haiwan dan berasaskan tumbuhan mempunyai jumlah kandungan protein yang sama.  Walaubagaimana pun, sumber protein berasaskan haiwan seperti daging mentah atau ayam mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein soya senang dihadam terutamanya dikalangan warga tua.

2. KANDUNGAN KOLESTROL TINGGI VS KOLESTROL RENDAH

Protein berasaskan tumbuh-tumbuhan mempunyai sifar kolestrol.


3. KANDUNGAN TINGGI LEMAK VS RENDAH LEMAK

Ayam mengandungi lepak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripadanya. Jadi makanlah kekacang, biji-bijian, tauhu dan bijian penuh yang memberikan protein tanpa lemak berlebihan.

4. GMO VS BUKAN GMO

GMO ( Organism yang diubahusai secara genetik ) haiwan, tumbuhan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO telah dikaitakn dengan risiko penyakit.

5. SUMBER SEMULAJADI VS SUMBER YANG DIPROSES

Seeloknya cuba dapatkan sumber protein semulajadi. Makanan yang diproses mungkin kehilangan kandungan nutrien. Apabila tidak mendapat kandungan nutrien yang mencukupi daripada diet, kita bole memilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang dan gigi.


Bila kita dah tau tips dalam pemilihan sumber protein yang terbaik, senang la lepas ni nak buat pilihan kan. 

Lepas ni kena alert ye setiap kali nak beli sumbr protein supaya tak menyesal di kemudian hari. Semoga perkongsian ni sedikit sebanyak dapat memberi manfaat. 

Terima kasih 😊

Continue Reading

Tuesday, 24 April 2018

PROMOSI ESP SHAKLEE, PROTEIN SOYA TERBAIK | IRAHARTATIK




Selalu sangat orang bercerita pasal ESP Shaklee. Bagus sangat ke ESP Shaklee ni? Kalai korang nak tau, ESP Shaklee diperbuat daripada soya NON-GMO berbeza dengan susu soya yang lain.

Dan ESP Shaklee merupakan salah satu BEST SELLER yang selalu jadi rebutan dari semua golongan dan perningkat umur.

Kenapa ESP Shaklee jadi rebutan? Sebab ESP Shaklee juga mempunyai 1001 fungsi dan hampir setiap set hidangan Shaklee akan ada ESP di dalamnya.

Bagaimana ESP berfungsi dalam setiap set hidangan Shaklee?


✅ Set KURUS
ESP mengawal selera makan. Rasa kenyang lebih lama.

✅ Set IBU HAMIL
ESP mencukupkan nutrisi keperluan ibu & bayi. ESP juga bantu elak perut kosong especially di awal kehamilan. Jd boleh elak mual dan pedih perut.

✅ Set PENYUSUAN
ESP membantu menggalakkan penghasilan susu & susu lebih pekat. Menyokong perkembangan bayi.

✅ Set CANTIK
ESP memberi kulit yang cantik, otot, kuku & rambut yang sihat!

✅ Set BERPANTANG
ESP menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru dan sangat membantu untuk luka bersalin cepat sembuh.

✅ Set IKHTIAR HAMIL
ESP membantu keseimbangan hormon, kurangkan gejala menopous.

✅ Set KOLESTROL
ESP menyokong paras LDL Kolestrol sihat.

Haaa.. Nampak ESP nie sesuai dari peringkat remaja hingga warga emas.

Tinggal 7 hari lagi PROMOSI ESP. Korang jangan terlepas ya!  

Special untuk bulan ni saja BELI 5 CANISTER ESP, DAPAT E-VOUCHER RM50


5 CANISTER ESP = RM 854.65
*FREE POSTAGE SM/SS
*FREE GIFT

Berminat untuk dapatkan produk Shaklee?
Boleh hubungi Ira :
Whatsapp : 011-11555941
Facebook pages : Irahartatik
Instagram : Irarusdibeauty
Continue Reading

Wednesday, 18 April 2018

MAKANAN SUNNAH UNTUK IBU HAMIL | IRAHARTATIK


Dalam kita bergembira menyambut bakal zuriat yang akan lahir ke dunia, kita perlu mempersiapkan diri kita dar segi fizikal, mental, emosi dan rohani.

Bagaimana pon dari segi fizikal, terutamanya pengambilan makanan haruslah dari sumber yang bersih dan berkhasiat. Dalam Islam juga telah memberitahu beberapa jenis makanan sunnah yang bagus untuk perkembangan bayi dan memberi khasiat untuk bakal ibu.

Antara makanan sunnah yang penting dimakan oleh ibu hamil.

1.  Buah Delima
Sangat tinggi antioksidan dan merupakan penawar pelbagai jenis penyakit dengan izinNya.
Buah delima juga dapat melindungi otak bayi serta menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik.

2. Kismis
Mempunyai pelbagai khasiat seperti membersihkan perut, melancarkan perjalanan darah, membentuk tulang yang kuat dan mengelakkan sembelit.

3. Buah Kurma
Kurma mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai tannin yang bersifat anti-infection, anti-inflammation dan anti-haemorrhagic (pendarahan).

4. Habbatussauda
Mengandungi Omega 3, 6 dan 9 yang membantu pertumbuhan bayi. 
Selain itu, kalsium yang terdapat pada habbatussauda bagus untuk ibu hamil serta asid lemak tambahan yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi

5. Madu
Menambah tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung serta mencegah dari penyakit diabetes, asma, batuk dan selsema.

6.  Minyak Zaitun
Minyak zaitun sangat bagus dalam diet seharian bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya dialami ibu mengandung.

7.  Buah Tin
Buah Tin yang kering membekalkan 6 kali lebih kalori daripada buah tin yang segar. Pengeringan buah tin ini memekatkan nutrisi didalamnya.
Antara khasiatnya adalah dapat menyingkirkan toksin, membersihkan hati dan mengurangkan lendir dalam usus.



Ini adalah diantara makanan sunnah yang penting dan wajib dimakan oleh ibu hamil untuk mendapatkan khasiat dan kelebihan bagi ibu dan anak yang bakal dilahirkan.

Kesihatan yang baik bermula dari dalam.

Sekian, terima kasih.
Continue Reading

Tuesday, 17 April 2018

SIAPA YANG PERLUKAN LEBIH PROTEIN | IRAHARTATIK



Semua orang perlukan protein?Ya,tentunya kita semua perlukan protein kerana protein merupakan salah satu mineral yang diperlukan oleh badan untuk menghasilkan tenaga.

Selain itu,badan kita juga tidak dapat menghasilkan 9 asid amino dan kerana itu kita perlu untuk mengambil protein tambahan.

SIAPA YANG PERLUKAN TAMBAHAN PROTEIN?

1.Mereka yang ingin menjaga kesihatan berat badan.
Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan seseorang dengan kadar metabolisme rendah.

Mereka mengambil protein untuk meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama dan membantu mengawal pengambilan kalori serta mengekalkan jisim otot.

2.Penggemar manisan
Pemakan yang tinggi dengan gula membawa peningkatan paras gula dalam darah dimana ia akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan.

Mereka mengambil lebih protein untuk menstabilkan paras gula dalam darah dan membantu mengurangkan keradangan para kolesterol dan kepekaan insulin.

3.Bakal ibu(Ibu hamil)
Apa yang baik untuk ibu,baik juga untuk bayi.
Jadi bakal ibu mengambik lebih protein untuk menyokong pertumbuhan si bayi yang sihat dan membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa menambah lemak.

4.Ahli bina badan/Athlets
Otot sangat perlukan sokongan semasa melakukan latihan.

Biasanya ahli bina badan mengambil lebih protein untuk membina semula dan memperbaiki otot serta membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan yang kuat.

5.Golongan pertengahan usia(Umur 45 - 65 tahun)
Apabila memasuki usia pertengahan,badan akan mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot.

Jadi golongan inj perlu mengambil lebib protein untuk  melambatkan proses penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein dan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan.

6.Ibu menyusu bayi.
Ibu yang menyusu bayi memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi.

Mereka mengambil lebih protein untuk mengekalkan kesihatan ibu yang menghasilakan susu ibu.

Pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah antara komponen penting didalam susu ibu.



Continue Reading

SET MENGANDUNG SHAKLEE, VITAMIN UNTUK BAKAL IBU | IRAHARTATIK



Tahniah atas kehamilan puan !!!!! Wah, rasa seronok bila ada orang bagi ucapan macam tu kan. Memang bertuah apabila kita diizinkan oleh Allah untuk melahirkan khalifah di bumi Allah.

Tak semua orang berpeluang untuk merasa kan pengalaman bergelar seorang ibu. Bagaimana pun, proses kehamilan adalah sangat lama. 9 bulan 10 hari cukup lama bagi mereka membawa zuriat di dalam perut ke sana sini.

Bahkan mereka juga bakal menghadapi beberapa perkara yang tidak pernah mereka lalui. Misalnya :

1. Morning sickness
2. Kerap loya
3. Alah dengan bau-bauan
4. Perubahan fizikal
5. Kerap letih

Tetapi bakal ibu boleh elakkan atau atasi masalah ni dengan mengamalkan SET MENGANDUNG SHAKLEE.


SET MENGANDUNG SHAKLEE terdiri daripada :
1. ESP
2. VitaLea
3. B Complex
4. Sustained Release Vitamin C
5. Ostematrix

Kelima-lima produk tersebut sangat penting untuk memenuhi keperluan asas si ibu sepanjang kehamilan.

Untuk mendapatkan produk Shaklee boleh terus hubungi Ira

Whatsapp : 011-11555941
Fb Pages : Irahartatik
Instagram : Irarusdibeauty


Continue Reading

APAKAH KEBAIKAN PROTEIN SOYA | IRAHARTATIK



Protein soya sangat penting dalam diet seharian.Mungkin ramai yang menganggap soya sangat berbahaya untuk kesihatan badan.Tidak semua soya mempunyai risiko seperti ini.Kita haruslah bijak dalam memilih sumber protein soya yang bagus untuk badan.

Ramai yang tidak tahu protein soya mempunyai 1001 kebaikan kepada tubuh badan. Antaranya :

1. Merangsangkan tumbesaran dan perkembangan otot.
Ketika usia akil baligh dan remaja kadar metabolisma meningkat.
 Dan pengambilan protein yang cukup penting untuk membentuk perkembangan otot,mengekalkan jisim otot,membekalkan tenaga dan memberi rasa kenyang yang lama.

 2 .Menyokong pertumbuhan tulang yang sihat dan kuat.
Soy ISOFLAVANES dalam protein soya penting untuk bantu pertumbuhan dan metabolisme tulang kerana soya mengandungi kalsium.
Pengambilan ISOFLAVANES bantu mengurangkan risiko tulang rapuh dan bantu kuatkan tulang.

 3 .Menyokong kitaran haid yang sihat bagi wanita.
Phytoestrogen(estrogen tumbuh-tumbuhan) yang terkandung dalam soya bantu menyokong kitaran haid yang normal.
Selain itu,soya protein juga mampu mengurangkan tanda-tanda sindrom pra-haid(PMS).

 4 .Menyokong kesihatan ketika hamil dan menyusu.
Protein soya yang mengandungi kesemua 9 asid amino asas penting semestinya sangat baik untuk menyokong pembinaan seperti tisu dan organ yang sihat.

 5 .Mempercepatkan pembaikan dan penyembuhan sel kulit untuk menjadi lebih sihat.
Protein adalah salah satu asas tubuh badan yang penting untuk pembetukan,penjana semula sel dan bantu menghasilkan kolagen yang diperlukan untuk baik pulih luka.
Selain itu,protein membantu meningkatkan keanjalan kulit dan menghasilkan kolagen.


Inilah antara kebaikan protein soya yang sangat diperlukan oleh badan kita.
Continue Reading

CARA MENGATASI HB RENDAH KETIKA HAMIL | IRAHARTATIK

Bakal ibu paling takut setiap kali pergi check up bulanan ke klinik kesihatan kan? Selain risau berat badan naik mendadak, semestinya bakal ibu risau kalau bacaan HB tak cantik.

Kalau bulan tu bacaan HB kita cantik, confirm misi akan puji tapi macam mana pulak kalau tiba-tiba bacaan HB kita turun? Siap sedialah tadah telinga kena membebel dengan misi. 

Biasanya HB rendah/anemia ni boleh nampak dari fizikal kita contohnya tubuh cepat letih, kerap pening dan hampir pitam, mudah berdebar-debar serta sesak nafas. Malahan kulit muka, bibir dan tangan akan kelihatan pucat.

Sekarang dah tak perlu risau. Nak bacaan HB/anemia yang cantik atau dan nak dapat pujian dari Cik misi? Lepas ni bukan bacaan HB je cantik tapi baby pon akan dapat cukup nutrisi dari ibu. Apa kata amalkan Set Kehamilan Shaklee.


Pengambilan suplemen setiap hari mesti ambil sebagai pelengkap mana-mana nutrisi yang tidak cukup atau masih lompong. Bila nutrisi cukup memang banyak kesan yang positif untuk bakal ibu dan bayi dalam kandungan. Masalah HB rendah/anemia memang tak menjadi masalah sejak mengamalkan suplemen lengkap ini. Sebagai ibu sudah semestinya kita nak yang terbaik untuk si comel kita kan?  Antara produk yang Ira rekemenkan adalah :

1. Protein ESP

Protein zat yang sangat penting untuk membina tisu-tisu dan pertumbuhan bayi, uri, dan bekalan darah banyak bergantung kepada bekalan protein yang cukup. ESP ni berasaskan tumbuhan non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik). Memang ia selamat dan terbukti berkesan. Nak kulit ibu dan bayi cantik bolehlah amalkan sepanjang kehamilan ni. Alhamdulillah kedua-dua anak saya bebas ekzema.

2. VitaLea

Multivitamin lengkap yang tertua di dunia. Kaya dengan sumber zat besi. Sangat sesuai diambil oleh ibu hamil yang ada masalah anemia kerana zat besi penting untuk menghasilkan darah yang cukup dan pertumbuhan bayi yang normal. Zat besi adalah bahagian terpenting dalam hemoglobin yang membawa oksigen di dalam badan kita. Jika diet ibu hamil kekurangan zat besi ini ia adalah penyumbang utama kepada masalah anemia.

3. B-Complex dengan Asid Folic

Asid folik adalah sejenis vitamin B. Asid folik dan B12  amat penting dan sangat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah tambahan yang sihat. Dalam B-Complex ini lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang sangat sangat diperlukan badan terutama ibu hamil. Kekurangan asid folik dan B12 ini akan menyebabkan anemia atau HB rendah pada ibu dan bayi juga sangat memerlukan untuk pertumbuhan sel-sel. Kecacatan terutama pada tulang belakang bayi (spina bifida) atau bayi yang tidak mempunyai tempurung kepala dan otak tidak normal (anencephaly) dapat dielakkan dengan pengambilan asid folik yang mencukupi.

4. Vitamin C

Sangat disarankan diambil bersama zat besi kerana ia berfungsi menggalakkan penyerapan zat besi secara optimum. Sangat penting untuk ibu hamil yang mengalami anemia untuk menaikkan bacaan HB ke paras normal dan konsisten.

5. Ostematrix

Sumber kalsium yang sangat penting untuk ibu hamil. Bayi dalam kandungan memerlukan kalsium untuk pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat. Ibu juga memerlukan zat galian untuk penggumpalan darah yang normal serta fungsi otot-otot dan saraf.

Rasa macam dah jumpa ke penyelesaian masalah untuk HB rendah/Anemia?

Nak dapatkan produk Set Kehamilan Shaklee? Dengan setiap pembelian set ni Ira akan bagi FREE CONSULTATION, FREE POSTAGE & FREE GIFT.

Jangan tunggu lama-lama 😊 
Continue Reading

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA HAMIL IRAHARTATIK



Untuk bakal-bakal ibu pastinya samgat teruja untuk menyambut kelahiran anak untuk pertama kalinya. Untuk mereka yang telah dikurniakan zuriat jangan sia-siakan peluang selama 9 bulan 10 hari untuk menikmati sata-saat manis bergelar bakal ibu.

Banyak petua atau tips yang perlu dipelajari oleh bakal ibu untuk kesihatan ibu dan bayi sepanjang kehamilan.

Tetapi tidak lupa juga pantang larang ketika hamil. Ramai diantara kita yang terlalu teruja sampaikan lupa tentang pantang larang semasa hamil terumtanya dari segi pemakanan.

Untuk bakal ibu yang sedang mengandungkan anak pertama, Ira nak kongsikan makanan yang perlu dielakkan semasa hamil.

Antara makanan yang perlu dielakkan adalah :

1. MAKANAN MENTAH ATAU TIDAK CUKUP MASAK

• Bakal ibu seharusnya perlu elak daripada memakan daging mentah, telur mentah atau susu mentah. Apatah lagi sekarang lebih ramai yang suka memakan "Sushi". Pengambilan makanan yang mentah atau tidak cukup masak ni boleh menyebabkan komplikasi buruk kepada bakal bayi.

2. MINUMAN BERKAFEIN

• Pengambilan minuman berkafein seperti kopi, minuman bergas, coklat, koko dan lain-lain juga boleh memberi kesan dengan perkembangan bayi. Selain itu, pengambilan kafein akan merosakkan kandungan kalsium tulang ibu.

3. ALKOHOL

• Bagi umat islam sememangnya pengambilan alkohol telah dilarang.Namun ada segelintir yang bukan islam sesuka hati meminum arak/alkohol ketika hamil.
• Pengambilan alkohol oleh ibu hamil boleh mengundang kecacatan fizikal dan mental pada bayi.

4.GULA

• Sedangkan orang yang sihat dilarang mengambil gula yang berlebihan ketika makan dan minum apatah lagi yang hamil.
• Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis dan juga bayi berisiko menjadi lebih besar berbanding bayi yang biasanya.

5.MAKANAN RINGAN

• Ibu hamil memerlukan vitamin yang secukupnya untuk perkembangan bayi dan juga dirinya.
• Jadi,untuk ibu hamil elakkan daripada mengambil makanan ringan kerana mengandungi alagemeen rendah dalam nutrien,tinggi kalori,gula dan lemak tertentu.
• Pengambilan makanan ringan akan menyebabkan meningkat berlakunya risiko diabetes.
Continue Reading

MAKANAN TERBAIK UNTUK IBU HAMIL| IRAHARTATIK



    Ibu hamil memerlukan tenaga yang banyak sepanjang kehamilan kerana mereka bukan sahaja makan untuk diri sendiri tetapi berkongsi makanan dan zat kepada bakal bayi yang sedang membesar di dalam janin.

     Disamping itu,ibu hamil tidak boleh makan sebarangan jenis makanan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan bayi di dalam kandungan.

   Oleh itu,segala makanan yang dimakan perlu berkhasiat supaya dapat menyokong perkembangan bayi yang sihat.

   Untuk mereka yang bakal bergelar ibu buat pertama kalinya pasti sukar untuk menentukan jenis makanan yang mengandungi khasiat dan kaya dengan zat.

   Sekarang ira akan kongsikan beberapa jenis makanan berkhasiat yang baik untuk ibu hamil.

 1.Bayam
-sayur hijau yang seperti bayam kaya dengan antioksida dan nutrien

2.Pati minyak ikan
-pati minyak ikan kaya dengan Omega 3 EPA & DHA
-Omega 3 ini sangat penting untuk perkembangan mata dan otak bayi.

3.Telur
-telur merupakan sumber protein pramatang yang terbaik
-telur kaya dengan zat - zat seperti fokat,zat besi dan kolina.
-kolina sangat penting untuk perkembangan otak janin disamping mengurangkan risiko kecacatan tiub otak(spina fida).

4.Ikan Salmon
-ikan salmon merupakan sumber asid lemak Omega 3 dan protein.
-sangat bagus untuk perkembangan otak bayi.

5.Jus Oren
-kaya dengan folat,potesium dan vitamin C.
-folat dan asid folik penting bagi mengelakkan kecacatan semasa mengandung.
Continue Reading

CARA MENGATASI SEMBELIT KETIKA HAMIL | IRAHARTATIK


Perkara yang paling ditakuti oleh kaum wanita terutamanya ibu hamil adalah sembelit ! Aduh, rasa takut setiap kali nak pergi toliet. Bukan apa kalau dah terkena sembelit ni rasa macam tak boleh keluar dari toilet. Kena berkampung dalam tu. Memang terseksa wooo kalau sembelit dah datang.

Ibu hamil yang kurang mengambil makanan mengandungi serat akan mudah terkena sembelit.

Jadi Ira nak kongsikan sedikit tips macam mana nak atasi masalah sembelit ni. Confirm lepas ni masuk ke toilet tak sampai 5 minit dah keluar. Lawas selawas lawasnya gitu.

Dengan setiap pengambilan Ostematrix, in sha Allah masalah sembelit akan hilang. Ostematrix adalah mineral penting yang perlu diambil oleh semua wanita terutamanya ibu mengandung dan menyusukan. Ia terdiri daripada Kalsium, Magnesium, Boron, Vitamin D, Kuprum, Zinc dan Mangan.

Kesemua nutrisi ini penting dan perlu digabungkan sekali untuk memaksimumkan penyerapan di dalam badan.

Dengan adanya magnesium di dalam Ostematrix, ia meransang lebih banyak aliran air ke dalam saluran usus sekaligus melembutkan najis. Tu sebab ibu-ibu semuanya lancar membuang tu, hihi…

Banyak sangat manfaat amalkan Ostematrix ni, lagi penting sebab ianya boleh mengurangkan seksaan ibu mengandung terutamanya ketika sakitnya sembelit dan cramp kaki, dan sakit pinggang.


Dengan setiap pembelian Ostematrix, korang layak untuk dapat FREE POSTAGE dan FREE PILBOX

Berminat boleh whatsapp Ira 011-11555941
FB pages : Irahartatik
Instagram : Irarusdibeauty
Continue Reading

AMALAN KETIKA HAMIL DALAM ISLAM | IRAHARTATIK


Setiap pasangan pastinya ingin mendapatkan anak yang soleh dan solehah. Anak-anak inilah nantinya akan menjadi penyelamat kita di akhirat sana.

Anak yang soleh solehah bermula dengan didikan seawal di dalam kandungan lagi. Bakal ibu dan ayah memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak soleh solehah ini. 

Antara amalam ketika hamil dalam Islam yang boleh diamalkan oleh ibu diawal kandungan sehingga bersalin.

1. Melazimkan diri membaca Al-Quran
2. Melazimi baca buku ilmiah seperti Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain
3. Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
4. Makan makanan yang baik, pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal
5. Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
6. Sering berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
7. Banyakkan berdoa kepada Allah swt
8. Rajin berpuasa sunat (digalakkan suami & isteri berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
9. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk memudahkan proses kelahiran
10. Tidak terlalu tertekan atau stress
11. Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah swt
12. Rajin solat wajib di awal waktu dan perbanyakkan solat sunat seperti solat dhuha dan tahajjud
13. Kerap membasahi lidah dengan berzikir
14. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu kerana ia umpama taman taman syurga


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dalat memberi manfaat untuk semua bakal-bakal ibu dan ayah. 

Terima kasih. 
Continue Reading

5 KEBAIKAN BUAH DELIMA UNTUK IBU HAMIL | IRAHARTATIK


Buah delima sering dikaitkan dengan "buah syurga". Buah ini sangat enak dan sangat manis. Isinya berupa biji-biji seperti kristal dan biasanya berwarna merah.

Buah delima biasanya banyak terdapat di Asia Timur dan buahnya sangat manis.

Kajian menunjukkan buah delima sangat baik di makan oleh ibu hamil. Buah ini banyak khasiatnya jika diamalkan bagi mengelakkan pelbagai komplikasi seperti kelahiran pramatang dan anemia.

Korang tau tak buah delima walaupon mahal tetapi ramai peminatnya. Ini semua sebab khasiatnya yang terlalu banyak. Jom Ira kongsikan manfaat buat delima untuk ibu hamil.

5  KEBAIKAN BUAH DELIMA UNTUK IBU HAMIL

1. KAYA DENGAN SERAT
• Ibu mengandung lebih mudah berasa tidak selesa dibahagian perut dan sering terkena sembelit. 
• Bagaimana pun mereka digalakkan untuk mengambil buah delima kerana buah ini kaya dengan serat. Pengambilan buah ini dapat membantu melancarkan pergerakan usus dengan lebih selesa.

2. MENGELAKKAN KEKEJANGAN DAN LENGIH BADAN
• Buah delima juga kaya dengan elemen kalium. Jika sering terkena kekejangan atau lenguh badan boleh amalkan buah delima dari awal kehamilan.

3. MENGUATKAN TULANG
• Selain Vitamin C, buah delima juga kaya dengan Vitamin K yang dapat membantu menguatkan tulang si ibu dan pembentukan tulang yang sempurna untuk bakal bayi.

4. SUMBER ANTIOKSIDA
• Buah delima mempunyai lebih jumlah antioksida berbanding kanberi atau teh hijau. Kandungan antioksida yang tinggi dapat memulihkan radikal bebas yang memudaratkan plasenta.
• Antioksidan pada buah delima iaitu polifenol dapat membantu melindungi otak bayi daripada kekurangan oksigen semasa dilahirkan.

5. TINGGI KANDUNGAN ZAT BESI
• Selain serat, ibu hamil juga perlu nutrisi zat besi untuk peredaran sel darah merah yang banyak. Sel darah merah amat penting untuk melindungi bayi dan mengelakkan komplikasi seperti anemia dan bayi lahir tidak cukup bulan.

Jadi untuk bakal-bakal ibu dah boleh masukkan buah delima dalam list makanan seharian ye.

Nak ibu dan bayi yang sihat haruslah di jaga dari dalam dulu.

Semoga perkongsian Ira kali ni dapat memberi manfaat untuk semua.

Terima kasih 😉
Continue Reading

4 JENIS SENAMAN YANG BAIK KETIKA HAMIL | IRAHARTATIK


Senaman adalah salah satu alternatif bagi ibu hamil untuk penjagaan kandungan yang baik terutamanya di awal tempoh kehamilan. 

Senaman sangat penting untuk membuat ibu hamil lebih tenang dalam menghadapi kontraksi dan memudahkan proses bersalin.

Pergerakan dalam senaman akan membuatkan badan dan otot ibu menjadi kuat. Senaman juga sangat penting untuk tumbesaran bayi. 

Jom Ira kongsikan 4 jenis senaman yang baik dilakukan oleh ibu hamil.

1. Senaman Pernafasan
Senaman pernafasan merupakan perkara asas yang perlu di ketahui dan dipelajari oleh ibu hamil. 

Ketika proses bersalin sedang berlangsung teknik pernafasan sangat penting dipelajari dan dipraktikkan oleh ibu sepanjang proses kehamilan.

2. Senaman Pergerakan Tangan
Senaman pergerakan tangan juga sangat sesuai dan penting untuk dilakukan oleh ibu hamil di awal kehamilan. Senaman ini membantu untuk melegakan pedih ulu hati dan menguatkan pengaliran darah serta pernafasan dan juga paru-paru.

3. Senaman Untuk Menguatkan Otot Pinggang
Senaman ini sangat bagus untuk menguatkan otot pelvis terutama untuk kekuatan otot semasa bersalin.

4. Senaman Bahagian Kaki
Senaman ini sangat bagus untuk peredaran darah. Caranya gerakkan pergelangan kaki ke atas dan ke bawah berulang kali.

Senaman-senaman ini sangat baik untuk ibu hamil dan sarankan untuk melakukan senaman ini seawal usia kandungan memasuki usia 16 minggu.

Dah dapat idea macam mana nak buat senaman untuk ibu hamil? Lepas ni bolehlah practise perlahan-lahan ye.

Semoga tips ini bermanfaat untuk semua.

Terima kasih 😊
Continue Reading

PANTANG LARANG YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA HAMIL | IRAHARTATIK





Untuk bakal ibu yang baru pertama kali bakal menimang cahaya mata mungkin masih belum fasih atau belum faham tentang pantang larang ketika hamil. Ramai yang menggangap hal ini tidak penting dan mengambil mudah pantang larang tersebut.

Kalau kita sebagai orang Melayu, mesti mak-mak kita dah bising bagi ceremah kan. Ini tak boleh itu tak boleh. 

Kadang kita rasa ianya sangat merimaskan tapi sebenarnya itu semua untuk kebaikan kita.

Jadi Ira nak kongsikan beberapa pantang larang yang perlu dielakkan ketika hamil.


1. MEMBUAT KERJA RUMAH YANG BERAT
• Elakkan daripada melakukan kerja rumah yang berat seperti mengangkat meja, kotak atau apa-apa saja benda berat bagi mengelakkan daripada keguguran.

2. TERDEDAH DENGAN BAHAN KIMIA
• Ibu hamil perlu elak daripada menggunakan bahan kimia seperti 'insecticides', baja kimia dan sebagainya. Ia boleh masuk ke dalam rongga badan apabila tersentuh kulit dan mengganggu tumbesaran bayi.

3. BERENDAM DALAM AIR PANAS
• Elak daripada berendam didalam air panas atau sauna terlalu lama. Kehangatan yang terlalu lama boleh meningkatkan suhu badan. Selain itu, terlalu lama melakukan sauna boleh mengakibatkan dehidrasi dan hipotensi ( tekanan darah rendah )

4. BERJEMUR BAWAH CAHAYA MATAHARI
• Elak daripada berjemur di bawah cahaya matahari terlalu lama kerana kulit ibu hamil sangat sensitif. 

5. PRODUK PENJAGAAN DIRI YANG TERDEDAH BAHAN KIMIA
• Bahan kimia yang ada di dalam produk kecantikan atau penjagaan diri biasanya mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan ruam, alergi dan komplikasi. Bahan kimia ini boleh masuk ke dalam rahim dan secara tidak langsung menggangu tumbesaran bayi.

6. MENGGUNAKAN KASUT TUMIT TINGGI
• Ketika hamil elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi kerana tidak baik untuk postur badan si ibu. Badan akan mudah sakit terutamanya bila berjalan jauh. Selain itu, kasut tumit tinggi boleh menyebabkan otot-otot yang terdapat di kawasan pinggang menjadi tegang.

7. MEMAKAI BAJU KETAT
• Memakai baju yang ketat akan mengakibatkan risiko terutamanya di bahagian perut yang akan mengganggu perkembangan bayi.


Semoga perkongsian kali ni dapat memberi manfaat untuk semua bakal-bakal ibu di luar sana.

Terima kasih.



Continue Reading

Monday, 16 April 2018

5 PUNCA BERAT BADAN SUKAR TURUN DAN CARA MENGATASINYA | IRAHARTATIK



Walaupun dah bersenam 3 kali seminggu dan melakukan diet setiap bulan tetapi berat badan tetap naik dan susah untuk turun. Aduh, rasa tension bila kawan-kawan pejabat mula tegur perubahan fizikal yang semakin comel dari hari ke hari.

Bukan tak nak ikhtiar untuk kurus. Dah cuba bermacam-macam cara sampaikan sanggup mengikat perut setiap kali lunch dengan kawan pejabat.

Bila ada orang cakap "Gemok is Awesome", Ira memang tak setuju. Ramai yang Ira perhatikan orang yang berbadan comel ni banyak mengahadapi kesukaran untuk bergerak terutamanya ketika ingin menunaikan solat. Pergerakan mereka sangat lambat. Kadang nak habiskan rakaat dalam solat perlu mengambil masa yang lama.

Kesian memang kesian bila tengok. Rasa macam nak bantu diorang untuk dapatkan berat badan yang ideal. Sekurang-kurangnya berat badan yang ideal boleh jadikan diorang lebih yakin untuk melakukan aktiviti seharian terutamanya solat dan mereka akan rasa berasa lebih yakin.

Bagaimana pun, ramai yang tak sedar berat badan yang terlalu berat boleh mendedahkan kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya. Misalnya stroke, tekanan darah tinggi dan serangan jantung.

Terlalu banyak banyak punca berat badan sukar turun yang ramai tidak sedar. Jom kita kita cek satu persatu.

1. Tidak cukup tidur
2. Stress
3. Syndrome Polycystic Ovarian ( PCOS )
4. Masalah penghadaman
5. Pengambilan ubat-ubatan

Nak tau macam mana cara nak atasi masalah berat badan? Pastinya kita perlu DETOKS !!!

Setelah pelbagai cara kita buat untuk kurus telah dibuat tetapi masih tak ada hasil apa yang perlu kita buat adalah DETOKS.



Set Detoks Shaklee ni memang sangat bagus untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dengan detoks.

Set Detoks Shaklee terdiri daripada :

1. Vivix
2. Herblax
3. Alfalfa Complex
4. Pappermint Ginger
5. DTX Complex

Dengan setiap pembelian Set Detoks ni, Ira kan bagi free postage dan Ira akan bagi menu #7HariDetoksShaklee

In sha Allah, kalau korang follow betul-betul detoks yang Ira ajar korang akan dapatkn result yang baik less than 1 month 😉

Berminat nak dapatkan set Detoks boleh hubungi Ira.

Instagram : Irahartatik / irarusdibeauty
FB Page : Irahartatik
Whatsapp : 011-11555941


Continue Reading

Wednesday, 28 March 2018

Singkirkan Toksin dengan Set Detoks Shaklee | IRAHARTATIK



Kerap sembelit, pening kepala, nafas berbau, berat badan susah turun dan cepat letih merupakan salah satu tanda badan kita penuh dengan toksin.

Toksin sangat berbahaya jika dibiarkan terlalu lama di dalam badan kerana akan mengganggu proses penyerapan nutrien dan juga boleh mengakibatkan timbulnya pelbagai penyakit berbahaya.

Jadi seelok-eloknya kita perlu detoks 2 kali setahun untuk memastikan badan kita bebas dari toksin.

Macam mana nak detoks ni? Senang saja, korang boleh amalkan SET DETOKS SHAKLEE


SET DETOKS SHAKLEE terdiri daripada : 

1. Vivix

RM 503.50  ( 150 ml )
Vivix membantu meningkatkan tahap tenaga di dalam sel badan dan melancarkan peredaran darah.

2. DTX Complex

RM 165.63 ( 90 biji )
Bertindak sebagai penapis toksin dalam badan serta membantu menyingkirkan racun serta toksin yang berkumpul di dalam hati.


3. Peppermint Ginger Plus
RM 50.35 ( 90 biji )
Membantu ketidakselesaan perut, membuang angin dan membantu penghadaman serta mencuci usus.

4. Herblax

RM 60.95 ( 120 biji )
Sangat efektif dalam membantu pembersihan najis yang tersekat serta mengatasi sembelit.


5. Alfalfa

RM 60.95 ( 330 biji )
RM 108.65 ( 700 biji )
Sumber makanan yang sangat berakali dan bertindak untuk meneutralkan darah yang berasid.


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan bole hubungi Ira :

Whatsapp : 011-11555941
FB pages : Irahartatik
Instagram : irarusdibeauty
Pengedar Shaklee Johor Bahru
Continue Reading

Kenali maksud Toksin dan kesannya pada tubuh badan | IRAHARTATIK



Toksin merupakan racun di dalam badan manusia akibat pencemaran. Antara pencemaran ialah udara dan air akibat radikal bebas seperti asap kilang, asap kenderaan dan asap rokok. Kesihatan manusia juga mula menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tambahan, pewarna dan sebagainya.

Hasil kajian mendapati 90% penyakit berpunca daripada toksin. Apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk meyingkirkan sisa-sisa toksin yang menghalang fungsi tubuh.

Toksin terdapat hampir di semua organ manusia di mana sebahagiannya terhasil daripada sisa makanan yang tidak dicerna, pengambilan ubat-ubatan kimia, merokok, pemakanan yang tidak seimbang dan tidak dapat dikeluarkan oleh tubuh badan.

Sepatutnya sisa-sisa ini dikeluarkan secara semulajadi yang melibatkan dua organ utama iaitu hati dan usus.

KESAN TOKSIN KEPADA TUBUH BADAN

Toksin perlu disingkirkan dengan segera jika menginginkan kesihatan yang cergas dan sihat. Kita perlu membersihkan toksin sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 

Antara kesan jika tidak menyingkirkan toksin adalah :
1. Penyakit kulit
2. Tumor
3. Penyakit jantung/tekanan darah tinggi
4. Demam
5. Kanser

Jangan pandang sebelah mata dengan kehadiran toksin. Bertindak segera untuk menghindari daripada penyakit berbahaya.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan semua.


Continue Reading

Bagaimana nak singkirkan toksin dari badan | IRAHARTATIK


Seperti kita sedia maklum, toksin sangat berbahaya pada tubuh badan kita. Toksin akan menggangu penyerapan nutrien dan mineral dalam badan. Sebab itulah apabila kita selalu makan suplemen selalu tak ada kesan positif. Ini menunujukkan badan kita terlalu banyak toksin dan sia-sia saja kiranya kita mengambil suplemen kesihatan.

Nak dapatkan tubuh badan yang sihat kita perlu singkirkan toksin terlebih dahulu. Nak singkirkan toksin ni mudah sangat lagilah secara semulajadi. Iaitu dengan detoks.

Sebelum tu kita kena tahu apa dia organ yang perlu di detoks dan mempunyai toksin.



1. Kulit
2. Paru-paru
3. Limpa
4. Usus
5. Hati
6. Buah pinggang

Bila dah kenal pasti organ-organ detoks senang la untuk kita singkirkan toksin secara semulajadi. Antaranya :

1. Makan ikut piramid makanan
Kawal pemakanan kita dengan mengikut piramid makanan yang sihat.

2. Detoks Hati 
Kurangkan pengambilan kafein, alkohol, garam, gula dan "processes food".

3. Detoks sistem Penghadaman
Amalkan makanan yang tinggi serat seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, jus limau dan buah berries.

4. Detoks Kulit
Lakukan senaman 2-3 kali seminggu secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh.

Mudah je kan nak singkirkan toksin? Cuma perlu kawal dari segi pemakanan, gaya hidup, persekitaran. 

In sha Allah kita akan dapat kesihatan tubuh badan seperti orang lain. Aamiin

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat untuk rakan-rakan yang sedang berusaha untuk detoks.

Semoga berjaya.


Continue Reading